Jumaat, 24 September 2010

::CEKODOK PISANG ADYVA::



hyee......JUMPA lagi di ENTRY yg berkaitan tentang makanan...
haaa...jgn x tahu adyva nie IKOT mood lau nak masak...
TAPI lau nak makan xpayah ikot mood..
hahahahahahhahaXD..

kali nie Adyva nak berkongsi dengan u ols pasal resepi CEKODOK PISANG ADYVA atau nama lain disebut JEMPUT-JEMPUT PISANG...

MENU : CEKODOK PISANG ADYVA


BAHAN-BAHANNYA :
10 - 15 Biji Pisang Berangan ( kalau xde pisang Berangan pisang apa2 pon boley u olss...apa??/pisang tue??/hah jgn notty2 okeyyy..nie BLOG bukan BLOG 18sx tau!!)walauponnnnnnnnnnnnnnnn
2 - 3 cawan tepung gandum
Sedikit Garam ( nak bagi rasa lemak-lemak siki)
Gula secukup rasa ( kalau x nak taruk pun x per )
air ( ikot Kepekatan )
Minyak untu menggoreng...

CARA-CARANYA :
1) memula KUPAS pisang2 tersebut dan lenyek
2) masukkan garam dan gula secukup rasa
3) kemudian masukan tepung TAPI awas jgn terlalu banyak drpada pisang tue..nnt xde rasa PISANG rasa tepung jer u ols...hahahahaha
4) kacau / gaul rata sehingga sebati...
5) panaskan minyak dan mula menggoreng
6) hidangkan pada tetamu

NOTA KAKI : ada sesetengan org buat cekodok nie letak SODA BIKARBONAT atau serbuk penaik, tapi bg adyva, adyva x suka sebab nanti LEBEY BANYAK serap minyak!!~..
hehehehehee...SO..selamat mencuba...



p/s: adyva buat CEKODOK PISANG nie masa kedatangan tetamu adyva tau..ZAKI dan KZ..hahaha..PIC pic nie KZ la yang amek n edit so adyva just pinjam semula..
so nie la PIC HIDANGAN yang ala2 mantap u ols...dengan MUG ala english style..kelas gitu kan??hehehehehe

::Adyva & Bidang Pengacaraan::

hye....
salam semua......
ENTRY kali nie membicarakan tentang MINAT ADYVA...
hahahahahXD...pasti ada yang memtertawakan ....tapi ADA AKU KESAH??
hahaha....
adyva suka Bidang Pengacaraan...ntah kenapa..
selain karaoke ( akan adyva wat satu ENTRY untuk Topic ini)...adyva lebih suka menjadi EMCEE atau pengacara majlis...
disebabkan oleh minat dan KEPERCAYAAN yang diberikan oleh organisasi dan pihak yang bertanggungjawab menjadikan adyva dapat merealisasikan BAKAT TERPENDAM...
hehehehe..walaupon x banyak majlis yang adyva handle..tetapi boleh lah dibanggakan dengan pencapaian yang adyva berikan...ALHAMDULILAH setipa majlis yang adyva kendalikan berjalan lancar....

JOM kita lihat gambar2 Adyva semasa mengendalikan majlis ya.....
walaupon x banyak tapi adalah sedikit...hehehe

1) Gambar nie adalah gambar terbaru masa bulan Julai 2010..masa nie ADYVA jadi pengacara majlis untuk HARI KELUARGA JA GROUP OF COMPANIES yang diadakan di AUSTIN GILLS GOLF RESORT di Taman Mount Austin JB.....happening giler.....


2)Gambar nie plak adalah sewaktu sesi Cabutan Bertuah...kena turun stage u ols...
hahahhaa....adyva hanya MELIHAT SAJERKS perjalanan hadiah2 tersebut tanpa satu pon TERSANGKOT pada adyva....adeh...xde rezeki u olsss....
3) nie la gaya adyva yang telah di CANDID oleh Mysara!!!~..hahahaha


4) hah..gambar nie plak masa Adyva mengendalikan majlis REUNION BATCH 14....INSTITUT HOSPITALITY YAYASAN PELAJARAN JOHOR...batch Adyva la nie masa study Diploma in HOTEL MANAGEMENT...waaaaaa...TEMANYA Black & White Glamors u ols...ok x Fesyen Adyva nie??
pssst...KITA menang pakaian Terbaik tau u ols.....
waa........mcm mana tu emcee ley menang!!~,,hahaha
bukan i yg pilih diri sendiri tau u ols...............keji!!~
hahahaahaha


5) Gambar yang nie pula adalah gambar semasa mengendalikan SEBUAH MAJLIS ANUGERAH INSTITUT HOSITALITY YAYASAN PELAJARAN JOHOR di dewan MAWAR JOHOR BAHRU( x ingat btach berapa) mereka merupakan pelajar Junior Adyva...dan SUDI menggunakan Khidmat Adyva dan rakan ( miss Wani) untuk mengacarakan majlis mereka.....best & Happening & yang penting rasa diri ini GLAMOUR u ols...hahahahaha.....sebab?? Adyva kan Senior...
banyak yg bergambar tapi MANA NTAH gambar2 tu sume....harusssssssssss la peminta2 adyva simpan wat kenangan kannnn.,...hahahahahaha

Itulah serba sedikit coretan Adyva pasal BIDANG PENGACARAAN ini...
tapi ada satu lagi...ADYVA cuba nak melangkah SETAPAK lagi dengan menyertai TOP HOST 2010...waaaa......siap wat rakaman video lagi..(nnt adyva cari n share ngan u ols ok)..dan adyva masih lagi simpan KATA-KATA Ringkas yg merupakan syarat wajib TOP HOST iaitu:SAYA ADALAH TOP HOST 2010 kerana......
nie die Coretan Adyva.....eiii malulah.....

"“Saya adalah Top Host 2010 kerana”saya merasakan saya mempunyai bakat serta kredibiliti untuk menjadi seorang pengacara tv dan bertutur secara spontan adalah satu kelebihan. Saya memandang bidang pengacaraan ini merupakan satu bidang yang harus dikuasai oleh anak muda masa kini kerana ianya dapat memberikan satu impak motivasi diri untuk berhadapan dengan pelbagai ragam dunia masa kini. Kredit dapat diberikan sekiranya kita mampu berhadapan dengan semua kelompok masyarakat dan juga yang paling utama dapat mengubah kita menjadi lebih berkeyakinan. Tugas yang dipikul melebihi usaha untuk membawa masyarakat ke arah pembangunan sosial yang berterusan. Bidang penyiaran adalah ikon kepada masyarakat dalam banyak perkara. Medium penyiaran dilihat sebagai platform paling berkesan yang dapat menghubungkan masyarakat dengan maklumat semasa. Justeru, stesen penyiaran TV3 memainkan peranan besar dalam mendidik dan membuka minda masyarakat menerusi maklumat penting yang mahu disampaikan.
Berada dalam bidang penyiaran dan menjadi seorang pengacara bukanlah kerana ingin mengejar populariti tapi sebaliknya saya dapat merasakan rancangan ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam diri setiap orang. Bidang pengacaraan ini juga dapat membuka satu lembaran baru kepada saya kerana bukan saja saya meminati dunia penyiaran tetapi pengalaman sebagai pengacara amatur untuk sebuah acara kecil seperti majlis anugerah dan makan malam di tempat belajar saya memberikan saya peluang untuk menonjolkan bakat yang saya miliki. Ruang dan peluang yang diberikan amat saya hargai.
Malaysia Top Host merupakan satu jambatan yang membolehkan semua insan yang mempercayai bakat mereka untuk menunjukan bakat serta memberi sedikit peluang kepada pihak pengurusan TV3 untuk memandang bakat ada serta penilaian yang telus membolehkan seorang Top Host dipilih. Saya berkeyakinan tinggi dan ini merupakan satu tapak permulaan. Bidang penyiaran dan kewartawanan adalah dua cabang utama dalam pengajian sebaran am di Malaysia. Penyiaran merujuk kepada industri penyiaran yang merangkumi penyiaran radio dan television. Manakala kewartawaan merujuk kepada kewartawanan akhbar dan kewartawanan majalah.
Walaupun tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyiaran, bukanlah alasan untuk tidak berjuang. Tidak mustahil, sesuatu pasti akan tercapai jika rajin berusaha. Memegang prinsip itu, saya tidak akan berputus asa belajar dan mendalami selok belok dalam bidang penyiaran. Bidang saya pilih berbeza dan apa yang dipelajari di universiti memang jauh menyimpang. Dengan menyertai program ini, saya bersedia untuk mempelajari perkara baru "

ok u olsssss....jumpa lagi di ENTRY akan datang~...daaaaaaaaaaa