Selasa, 9 November 2010

::LUCK::


SALAM sahabat Adyva...
jom kali nie Adyva nak berkongsi pasal LUCK~
Seringkali ada mungkin mengatakan bahawa dunia ini tidak adil. Hal ini kerana tidak semua orang memperolehi kehidupan yang diinginkan. Hanya segenlintir sahaja yang benar-benar bertuah. Mereka ini kaya dan mempunyai harta yang banyak, rumah besar disamping kereta mewah. Mereka memperolehi kerjaya yang diingini. Mereka memperolehi cinta yang dimahukan. Tetapi di bahagian dunia yang lain, ada orang hidup menderita. Ingin mendapatkan sesuap nasi pun mengambil masa yang lama. Mereka terpaksa berusaha keras setiap hari hanya untuk sekadar sesuap rezeki.

Mengapa wujud perkara ini? Kelihatan dunia ini tidak adil. Apa yang dilakukan oleh orang bertuah ini? Apakah yang membuat tindakan yang diambil mereka berbeza sehingga memperolehi seperti yang diimpikan. Jawapannya adalah satu. Kita tidak melakukan perkara bertuah yang dilakukan oleh mereka. Kita tidak cuba menjadikan diri kita bertuah. Orang bertuah mengambil tindakan. Mereka sanggup bekerja untuk melakukan kerja di mana kebanyakan orang tidak suka melakukannya, walaupun kerja tersebut mengambil masa dan membuatkan mereka terpakasa tidur lewat malam.

Mereka bijak pada tempat yang betul. Mereka menggunakan sumber sebaik mungkin. Mereka berinteraksi dengan hubungan yang dapat membantu dalam mencipta peluang. Hasilnya mereka memperolehi apa yang dimahukan dan yang diinginkan. Ketika orang kurang bertuah sekadar mengimpikan sesuatu, orang bertuah melakukannya. Mereka meletakkan komitmen untuk merealisasikannya. Mereka konsisten menjalankan usaha yang perlu. Hasilnya diri mereka menjadi bertuah.

Jadi tidak salahlah mereka memcapai impian diri dan tidak perlu dicemburui. Mereka melakukannya ketika orang lain mungkin sekadar meletakkan sedikit usaha terhadap perkara tersebut. Perkara yang sama juga boleh berlaku pada orang yang kurang bertuah dalam segala hal; harta, cinta, kekeluargaan, kesihatan.

Cuba bayangkan jika sebelum ini usaha yang diberikan adalah sedikit, bagaimanakah kali ini usaha sebanyak 100% diletakkan? Bagaimana jikalau pada kali ini, mereka menggunakan sumber yang ada dengan sebaik mungkin? Bagaimana jikalau pada kali ini, mereka menggunakan hubungan kenalan yang ada dengan lebih efektif? Pastinya mereka turut dapat mencipta peluang yang lebih banyak dan seteresnya menmanfaatkannya.

Kesimpulannya, hanya TINDAKAN boleh mengubah saudara. Perkara yang penting adalah anda mengambil TINDAKAN untuk bertuah!