Selasa, 14 Julai 2015

Bubur Nasi Versi Adyva


Salam u ols....
semangat die lain mcm dah nak dekat2 raya ni ha....
kemainnnn kan!
pepagi masuk opis update BLOG dulu!

semalam selain mengidam nak makan jemput-jemput kelapa, Adyva teringin sangat nak makan
BUBUR NASI....
ada setengah org ckp tu makanan org SAKIT~
ada aku kesah??
hahaha
dah kita ni teringin sangat kan!
apa lagi~ masak laaaaaaaa....

ok jom usha RESEPI senang ringkas campak2 je :

RESEPI BUBUR NASI

Bahan-bahan :
  • 1 cawan beras
  • 7 cawan air
  • secubit garam


Cara-caranya :
  • basuh beras sehingga bersih
  • masukkan air dan garam secukupnya
  • tanak dlm rice cooker.....cuma kena jaga airnya shj...agak2 la...
RESEPI IKAN BILIS TAMBAN GORENG CAMPAK-CAMPAK

Bahan-bahan :

  • Ikan Bilis Tamban (ikot sukahati byk mana)
  • 1 biji bawang besar (di mayang)
  • 1 tangai lada merah (di mayang)
  • 1 tangkai lada hijau(di mayang)
  • 5 biji Cili Padi (di ketuk)
  • Sos Tiram
  • Kicap Jalen Lemak Manis

Cara-Caranya :
  • Goreng ikan bilis tamban sehingga garing - angkat dan tos kan
  • tumis bawang + lada merah/hijau + cili padi sehingga naik bau
  • masukkan sedikit sos tiram dan kicap jalen lemak manis
  • masukkan ikan bilis tamban, gaul sehingga sebati dan boleh di hidangkan!
** Adyva suka makan dengan resepi di atas bersama Kacang Tanah Goreng & Bawang Goreng dan semestinya KICAP KIPAS UDANG penambat rasa!!

SELAMAT MENCUBA!!



Jemput-Jemput Kelapa Cecah Sambal Tumis


Salam u ols....
hari nie mcm mengidam jemput-jemput kelapa tau!
so apalagi~ balik je keja trus pegi kedai cari kelapa parut!

ya ampun 3 kedai xde kelapa parut!
kedai terakhir naseb baik ada!
gegeh ke tidak????

ada sesapa nak resepi??
mudah je ni...

JEMPUT-JEMPUT KELAPA

Bahan-Bahannya :

  • ·         1 1/2 cawan parutan kelapa putih
  • ·         1 cawan tepung gandum
  • ·         Garam secukup rasa
  • ·         3/4 cawan air (atau secukupnya)


Cara-caranya : 

  • ·         Bancuh semua bahan diatas kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Rehatkan sebentar.

  • ·         Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemput adunan tadi dengan hujung jari anda yang dicelup sedikit dalam air, kemudian berhati2 jatuh kan adunan ke dalam minyak panas, buat 8 - 10 jemput2, ikut saiz kuali anda.

  • ·         Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas paper towel. Habiskan baki adunan. Boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahannya :

  • Segenggam Ikan Bilis yg telah di kopek
  • 150g cili boh (Jenama MAZ)
  • 3 biji saiz sederhana bawang merah (di tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (di hiris)
  • 3 biji bawang putih (di tumbuk)
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya : 

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  • Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga pekat. Masukkan ikan tadi dan gaul rata. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur kelapa.

SELAMAT MENCUBA!!!