Isnin, 13 Julai 2015

Songsangkah Pemikiran Begini????




SONGSANGKAH PEMIKIRAN BEGINI

Terasa pelek tabiat sebahagian kita orang Melayu.Kerana raya,hati begitu pemurah,awal lagi dah sedia duit raya utk sedekah kpd anak buah siap berenvelop,sedia kuih raya untuk tetamu beraneka,hamper raya,buat open house raya dsbnya.Hakikatnya yg disuruh oleh nabi supaya banyak bersedekah dibulan ramadan,memberi makan orang berpuasa dsbnya.Tetapi nabi tak menganjurkan beri duit raya,buat kuih raya.......kerana masa tu sudah berada di bulan syawal yg ganjaran pahalanya sudah berkurang berbanding ramadan.

Kenapa memilih yg tidak dianjur sunnah,kenapa memilih yg sedikit ganjarannya.Sementara ramadan masih ada,banyakkanlah bersedekah,memberi makan orang berpuasa.Jika ada peruntukan duit raya,apa kata berikan di ramadan kpd anak yatim dan miskin masa ramadan ini..Peruntukan kuih raya,apa kata tukarkan kpd makanan utk sedekah orang berbuka.Jika dah beri sedekah,dah beri makan orang berpuasa,kita ada lagi duit,buatlah apa yg kita suka buat utk raya.Yg terbaliknya sedekah dan beri makan orang berpuasa tak laksana atau buat sikit tetapi bila nak raya buat banyak.Lagipun raya kita cuma sehari,setelah itu berpuasa lagi enam hari.Tidak ada istilah raya kedua,ketiga,keempat dan seterusnya.Beraya 30 hari itu sunnah orang Melayu yg membunuh sunat puasa 6 hari bulan Syawal yg menjd sunnah nabi yg patut diikuti.Janganlah budaya mengatasi sunnah.

petikan dr FB : ABD GHANI HARON