Rabu, 19 Januari 2011

::TEAM BOLA DIVA::

waaaa.....yang nie namanya DIVA team!
kelas x???
ghahahhaah padahal x pernah pon wat AKTIVI main bola!~
hahahhaa

ok adyva mulakan!...
adyva sebagai STRIKER hadapan jerks u olsssss.....mampooooo nak gelecek bola????
hahahahah kan!....walauponnnnn
kaedahnya!!!.....(tetiba teringat main footsal masa semester 5 dulu2 kala!....sekali dapat tendang bola sangat2 la terharu u olsss)....pitam!

tQ kepada HASRUDY JAWAWI kerana mengabadikan GAMBAR adyva dalam eNOVEL beliau!..
kesah main bola u olsssss....

GOAL KEEPER di pertanggungjawabkan kepada ZAKI..kerna
die sangat suka tonton GOL&GINCU u olsssss....
katanya nnt nak TINGGALKAN kesan LIPSTIK kat tiang gol!!...kan senang!
so adyva pon bagilah JAWATAN itew kepada die!..hahahahahahahXD

pemain PERTAHANAN di beri tanggungjawab kepada
NAZRI OMAR, AZMI AHMAD, EYNAZ KAMARUZAMAN & ANDY ANDIKA ....waaaaaa
mapooo ker u ols mempertahankan TEAM DIVA nie dari ancaman pihak LAWAN!..
harap2 u olss bersatu hati ya~>....hehehehee

pemain TENGAH di tugaskan kepada PERCY AUN, GUSTI MELATI & MISS J...
hope u ols dapat mempertahankan asakan demi asakan dr pihak lawan ya!...
kee it up!~

pemain PENYERANG yang bertindak di belakang adyva
telah di berikan kepada MYSARA MARIAM & AREZ...
waaaaa...u ols kena bantu adyva menjaringkan GOAL ya~....
bukak mata pihak lawan bahawa DIVA TEAM nie pon mampooooo menjaringkan GOAL!
walauponnnnnnnnnnnn....OPS~...lalalalaa

tidak lengkap rasanya tanpa COACH yang membantu memberikan latihan u ols...
disandang jawatan itu oleh POJIEPOOH ABDULLAH!...
waaaaa...kelasssssss...mesti BANYA skill yg u ols nak turunkan kepada kami kan!...
let's training!!!~

Tq again pada rudy HIRDI kerana novel ini~...
x sabar nak tunggu ianya di pasaran!

dan...DIVA TEAM ada pemain simpanan u ols atau RESERVES...
iaitu KZ dan BEN10.....ye la u olssss
mereka berdua kena di SIMPAN sebab kalau mereka di atas padang jawabnya!
bola x GOAL..mereka yang GOAL!
ops......bukan apa...nanti x FOKUS u olssssss...
hahahahhA~.....
selain tue KAKAK SULU SARAWAK pon di reserves kerna nak wat LIRIK bagi LAGU LATAR kumpulan kita nie kan!
hahahaha........WAZ pon sama!....nnt nak masak yang sedap2 utk mani semua selepas penat berlatih dan berjuang!
hahahahha~

::INFODIVA::

PERATURAN BOLA SEPAK
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

CARA PERMAINAN:
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

thanks Rudy coz masukkan WATAK i dalam NOVEL nie~