Jumaat, 25 Februari 2011

::RAHSIA JUMAAT::

salam JUMAAT kalian~...
semoga penghulu segala hari ini memberikan seribu rahmat buat kita semua!
jom kita sama2 baca ENTRY kali nie
KELEBIHAN HARI JUMAAT~


RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

hah u ols ingat.....masa SOLAT jgn berangan!
beri sepenuh tumpuan kita terhadap SOLAT kita tau~..
at least utk seketika!...biar KUSHYUK dan TAWADUK~

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Khamis, 24 Februari 2011

::LANGSIR BARU::

hellooooooo..........
cantik x LANGSIR BARU kita~....
warna warni gitoooo kan!....
meriah!!!

hah...apa pendapat korang??
bertambah ceria x dengan perubahan ini~
baru la semangat ckit nak update NEW ENTRY~..
lagi2 sejak2 masuk contest nie kan!...
kena la berwajah baru!..
kena ada PENAMPILAN yang cantik!
memukau!
di pukau!
hahahaXD..
ok u ols...enjoy ya bila BACA blog Ady Adyva nie~

nie la die LANGSIR lama Adyva u ols....
hah.......nie langsir tahun lepas.....
tahun nie baru berkesempatan wat langsir baru~..
bZ ckit~..almaklumlah kan!
sebok berkempen!....hope2 menang contest tue nnt~....heehhee
AMIN~...

Rabu, 23 Februari 2011

::NEW WALLPAPER::

salam sayang u ols.........
hye2 semua~..muahhhhhhhhhhhh~...
THANKS coz sudi jengah2 BLOG Adyva nie~...
waaaaaaa.....adyva wat sesi DECORATION sikit uols...
tapi tetap TEMA COLOURFUL tau~...mampooooooooooo x???
hehehe,....

nie la die WALLPAPER we ols.....
kali nie corak melintang plak!
tatpi tetap WARNA WARNI
sebab..
mengambarkan keadaan blog nie yang penuh warna2 kehidupan dan
penceritaan u ols....barulah KEHIDUPAN kita ceria!!!
kannnnn~

ok la....nnt adyva cite lagi pasal LANGSIR baru plak k~


hah...nie la wallpaper lama u ols...
ala2 besaq2 kan!...
skang kena ubah ckit~...tgk la yg atas tue!
siap ada COP lagi dr mana adyva amek!!!
bukan ciplak ok!
mintak izin tau!~....hehehhe
ok u ols....jom baca pasal langsir plak!

Selasa, 22 Februari 2011

::NIGHT PHOTOSHOOT @ BUKIT TIMBALAN::

masih lagi entry berkaitan BUKIT TIMBALAN
kali nie adyva and the geng nak wat PHOTOSHOOT malam plak~..
adyva ada 4 pic terbaik malam tue!..jom kita tengok!!!

Adyva mmg suka feeling nak wat COVER ALBUM u ols....
kemain lentik lagi kan!..hahaha...
mampo????
yang penting kereta2 KLASIK lama nie wat perarakkan dan display masa nie!
lagi la cantik u olsssssss......

nampak sangat mcm COVER ALBUM lagu2 lama kan!
mmg adyva suka PIC nie~..
tgk la kereta tue!
AB4402....
waaaa.....sangat2 no plat lama!...
kalau lah dpt sebijik kan best!...

AA 4363...
kannnnn....mcm nama Ady Adyva~
sangat2 KENA plat keta nie!..
best u ols....masa nie feeling2 artis sgt!...
waaaaaaaaa....
mcm mana editing???
ok x???

nie la kawan adyva
yang sama2 amek gambo!
ZAKI & KZ~...
ok x???
hehehe

p/s: kalau la betol2 bely kuarkan ALBUM kan best!

Isnin, 21 Februari 2011

::BUKIT TIMBALAN JB::

hellooo....
ENTRY pasal PHOTOSHOOT yang adyva sendiri buat
dan juga editing~......JOM...
kali nie nak habaq pasal BUKIT TIMBALAN yang menempatkan BANGUNAN BERSEJARAH...jom

PIC nie adyva amek semasa program JB ART's FESTIVAL 2010
mcm mana u ols.....editing pic nie
ok x???

Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan Sultan Ibrahim adalah salah satu tonggak sejarah dalam Johor Bahru bahawa anda tidak akan kehilangan. Terletak di Bukit Timbalan, bangunan ini adalah bangunan tertinggi di Johor Bahru pada tahun 1970-sebelum gedung-gedung tinggi mulai muncul. Pembangunan gedung bermula pada tahun 1936 dan secara rasmi dibuka oleh Sultan Ibrahim Johor pada tahun 1942 dengan kos sebanyak RM2 juta. Total membina daerah itu 60.000 sq ft Direka oleh Palmer dan Turner, salah satu syarikat senibina lebih menonjol Inggeris, dan desain adalah kombinasi dari arsitektur barat dan timur. Rumah Sakit Sultan Aminah juga direka oleh syarikat yang sama. Hari ini, bangunan ini masih merupakan salah satu tempat pelancongan di Johor kerana rekabentuk yang unik dan senibina.

PIC nie plak ala2 clasical
black & white.....waaaaaa.....nice kan!...

Selama pendudukan Jepun kemudian Malaya dalam Perang Dunia II, bangunan itu digunakan oleh Tentera Empayar Jepun sebagai pusatnya benteng dan arahan untuk memata-matai kegiatan Tentera Inggeris di Singapura.

Gedung ini digunakan sebagai bangunan sekretariat negara, pejabat Menteri dan Ketua Negara Assembly Hall selama 69 tahun sampai dengan Jun 2009. Mulai dari 18 Jun 2009, sebahagian besar pejabat ini telah dipindahkan ke Kota Iskandar, di NUSAJAYA.

PIC nie dari arah pintu hadapan BUKIT TIMBALAN
dr arah pintu masuk......siap banner JB ART's Festival lagi~..hehehe

::INFODIVA::

Yayasan ini bekerja untuk Bangunan Sultan Ibrahim bermula dengan upacara pecah tanah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Sultan Ismail pada Isnin, 7 November 1938.The Mulia kemudian meletakkan batu asas pada tarikh 10 Mac 1940. Bangunan ini selesai pada tahun 1942 dengan kos sebanyak $ 2 juta. Sebuah pesta diadakan di Istana Kerajaan pada Selasa, 3 Nov 1942 untuk menandakan pembukaan rasmi pejabat kerajaan negara bahagian.

Bangunan ini direka oleh firma senibina Palmer & Turner, yang juga bertanggung jawab untuk merancang Rumah Sakit Sultan Aminah. Bangunan ini merupakan kombinasi dari arsitektur gaya Renaissance kosmopolitan dengan overlay pengaruh Anglo-Melayu. Bangunan ini dibina oleh pengrajin tempatan di bawah pengawasan seorang arkitek Eropah.

Pada Isnin, 9 Ogos 1982, bangunan ini rasmi dinamakan sebagai Bangunan Sultan Ibrahim oleh Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor pada waktu itu.

Itu adalah bangunan tertinggi di Malaya selama era pra-Merdela. Di Johor Bahru itu sendiri, berdiri tak tertandingi sebagai bangunan tertinggi di bandar hingga selesainya Menara Marlin di 1970-an. Bangunan Sultan Ibrahim adalah simbol dari kemajuan Johor pada waktu itu dan masih tetap sebagai mercu tanda Johor Bahru.

Pada tahun 1942, semasa Perang Dunia II, Tentera Empayar Jepun yang digunakan sebagai benteng dan pusat arahan untuk memata-matai kegiatan Inggeris di Singapura yang diserang hari kemudian. Jika anda melihat di dekat dinding, anda masih boleh melihat kerosakan dari pencerobohan. Ini adalah peringatan pahit bagi kita, generasi berikutnya dari Johor mengenai harga diri kita Kemerdekaan. Kita semua tidak boleh menerima begitu saja.

Bangunan ini salah satu daripada beberapa bangunan kolonial yang lebih besar lagi di Johor Bahru. Ini rumah Sekretariat Negara dan pejabat-pejabat kerajaan negara untuk 67 tahun sampai kerajaan negara bahagian Johor mengumumkan bahawa mereka akan berpindah ke Nusajaya, J0hor Pusat Pentadbiran Negara Baru pada tahun 2010.

Rumor mengatakan bahawa Yayasan Warisan Johor akan mengambil alih bangunan sebagai markas baru mereka. Kami berharap ini akan membawa janji-janji baru untuk adegan seni di Johor Bahru.

Anda akan perlu meminta izin dari penjaga keselamatan untuk memasuki kompleks bangunan ini. Dari sini, anda boleh melihat Selat Johor dan kaki langit Singapura. Anda mungkin akan ingin mengambil beberapa foto bangunan dan pemandangan sekitarnya sementara di sini. Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke bangunan tersebut maka rancangan untuk menghabiskan sekitar 30 minit di sini.

SEKIAN u ols....jumpa lagi nnt~

Ahad, 20 Februari 2011

::TOP 6 ADYVA in CONTEST::

salam sayang u olssss...
inilah die LOGO Adyva yang terpilih~...
ALHAMDULILAH......3 logo yang adyva buat dan HANTAR ke
contest BLOGGER MALAYA
telah mendapat tempat di hati JURI untuk di pilih senbagai TOP 6...
xsia2 u olssssssssss....mampo????
kan~...
apa lagi....x reti2 nak VOTE adyva???


silakan VOTE u ols....
logo no 5 tau~....
pleaseeeeeeeeeeeeeeeee.....help me!
undian anda amat2 bermakna bg adyva!...

UNDIAN ANDA AMAT BERNILAI

SILA UNDI LOGO PILIHAN ANDA DI BAWAH INI.
BLOGGER MALAYA GROUP @ Facebook
Undian Bermula Dari Sekarang Dan Akan Ditutup Pada
24 Febuari 2011 pukul 12 tengah malam.

skang jam 1.03 minit malam~...
CARTA UNDIAN::

UNDILAH LOGO PILIHAN ANDA @ BLOGGER MALAYA

p/s:LOGO Adyva di tangga ke dua dengan 26%
lekassssssss undi lagi dan lagiiiiiiiii~

ok u ols.....SILAKAN vote untuk adyva!
skang adyva di TOP 3~

Sabtu, 19 Februari 2011

::LANGKAH KU::

waaaaa....pic nie mmg makan hati..
"welcome to Hollywood"
mampoooooo???inilah LANGKAH Adyva u ols......
ingin terbang jauh nun kesan~
jom BACA Nukilan di bawah~

Sewaktu kuatur langkah
kutinggalkan sisa-sisa perjalanan
sesekali aku menoleh
ada senyum dan tawa
ada sedih mengulit sayu
ada rindu mencengkam kalbu

Seandainya...
langkah itu boleh ku undur
tak kuasa aku melangkah lagi
biarkan jejakku mati di situ
biarkan langkahku menjadi kaku

Hari ini...
kucuba langkah baru
setapak demi setapak
menyusuri suatu perjalanan

Sesekali hati berbisik
destinasi manakah perhentianku
dengan tabah dan seribu doa
dengan alunan igauan
masihkah ada yang menunggu
mengharapkan belaian dan perhatian

Seandainya...
ada taqdir mengizinkan
akan kuteruskan perjalanan ini
dengan tabah dan seribu doa
membawa ribut-ribut penyesalan
berjanji pada Tuhan,
berikrar pada diri
dengan bekalanku
untuk di kemudian hari...

InsyaAllah...

6.30pm
LCA~

Khamis, 17 Februari 2011

::KU TERUSKAN PERJALANAN INI::

adyva nak meneruskan langkah ini dengan sebakul bunga!!!!
supaya ianya terus mewarnai hari2 mendatang adyva!.....
ayuh.......KU tERUSKAN Perjalanan Ini~


Di sebuah perjalanan ...
yang ditemani malam yang pekat
aku masih meraba-raba
memikul keraguan
dalam mencari sebuah kepastian

Di sebuah titi perjanjian
perjalanan ku beku
hatiku membisu dalam sendu
cuma.....
banyak simpang-simpang berliku
ada pandangan yang kaku
ada suara tetapi membisu

Di sepanjang perjalanan ini
tiada bunga-bunga gembira
mengheret diri yang tidak bermaya
melorek segala cerita derita
di segenap penjuru hati
yang pedih terluka...

InsyaAllah...
di hujung perjalanan ini
kutunda sebuah perasaan
kugayut impian dalam kesabaran
agar tidak menongkah arus
semoga perjalananku meluncur terus...

Rabu, 16 Februari 2011

::HAPPY BIRTHDAY ZAKI::

HAPPY BIRTHDAY ZAKI~

waaaaaaaa.........menjadi gak ek LAST MINIT Mysara & Adyva punya planning utk supprise kan
zaki aka Birthday Boy!!!.....wah~..BOY ker???
upsssssssssss....okey la...boboy ok~...hehehe
tepat ??xde la tepat tapi beberapa saat nak 12 tengah malam~...
kita org dtg serbu!!!..gegeh parking keta tepi masjid Kg Melayu pandan then jalan kaki!!!!...
hahaha.....
lihatlah muka Zaki yg terperanjat itew...
bukan propa atau lakonan ok...
tapi betol2....hehehehe....

wishing ker u olssssss???
siap pejam2 mata lagi kan!...
waaaaaa.....sedap x KEK COMEL Fresh Cream Manggo tue~...
lilin nan sebatang tu bermaksud SATU u ols...
cukup kan?>??
xkan nak letak 26 batang lilin!!..
mau terbakar nnt!...hehehe....

p/s:gegeh i mencari kek malam2~..
naseb jumpa nok!

xkira....depan umah pon JADI la nak potong kek!!!..
ada zaki kata die nampak 2 LEMBAGA HITAM terjengah2 kat umah die???
adeh~>.
die plak dah siap2 tunggu dalam keta!!!...
hahahahhaXD....
naseb KAMI yang muncul~>..
kalau betol2 2 LEMBAGA hitam yg muncul???
hah sure menjadi SEJARAH HITAM di hari ulangtahun ke 26 nie kannnn!...
matiler...~

nie plak upacara memberi hadiah dr mysara!..
dah la di gelar Lembaga HITAM....
beg hadiah pon kaler hitam>>>?
waaaaaaa....g2 kan!...

after KEZOTAN...
we ols pon g la makan2 kat McD Jalan Tebrau
sebelah Careffor tue~....
Thanks Zaki~....full okey~..
kekenyangan mlm nie!

inilah die SET yang KAMI makan....
makan punya makan smpai la 1 pagi~...
penuh gak mcd nie malam2....
apa lagi~..cuci mata la....
anak rimau, abg askar, budak maintenance??
semua ada!....yang hadoooooooooooo pon ada!...
sorry kami x pandang!
waaaaaaaaa.....

okey TO ZAKI::Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, di kurniakan JODOH yang tepat,
mengapai impian yg di impikan, dapat capai cita2 dan dapat pakai CROWN QIP..
waaaaaaaaaa,,,matiler...
we ols doakan yg terbaik wat u~...
GOOD LUCK~

Selasa, 15 Februari 2011

::SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H::

SALAM semua~...
SALAM MAULIDUR RASUL adyva ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat~...
semoga kita semua di lindungi dan di rahmati olehNYA~....

jom kita selami LIRIK lagu Ya Rasulullah Oleh Dato' CT Nurhaliza dr album Tahajjud Cinta ini

::YA RASULULLAH::

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
(lirik di http://liriksemualagu.blogspot.com)

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
tErimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


di Hari mulia ini marilah kita semua memperbanyakkan SELAWAT
keatas junjungan besar kita
NABI MUHAMMAD S.A.W....


semoga kita mendapat RAHMAT dariNYA~

::INFODIVA::


BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun
Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah
(SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya
bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam’ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Isnin, 14 Februari 2011

::HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE::

waaaaaa.....
sempena HARI VALENTINE nie...adyva PUNYA pic kat BLOG pon ala2 hari2 berkasih sayang
dan MENGAMBIL sempena penjualan BUNGA ROSE yang melonjak tinggi!
harga MAUT okey hari nie....
so MAKAN hati x tgk PIC adyva GEGET bunga rose!!!..mampoooo u ols????

btw PIC nie dh lama....since 2009 kot~..hehehe
so...saja guna balik utk memeriahkan ENTRY kali nie
pasal HUKUM MENYAMBUT VALENTINE dan SEJARAHnya~...
bg adyva hari nie BIASA jer xde apa2 pon yg best!..
lets kita baca INFO nie k~...daaaaaaaa

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
ala-ala SWEET la kunun2 u olsssss...
mampooooo???ada???
ley tiru kita x????hahaha...dok senyap2 k......
pose nie pon dah lama~>.saja kuar kan semula PIC nie wat tatapan u ols~...
kan sempena hari nie ala2 BUNGA-BUNGA CINTA gitoooooo kan!..hehehe

let's teruskan membaca~

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T..

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
dan adyva memang menyokong 100% FATWA mengharamkan Valentine Day's ini~...
sekian~