Rabu, 27 Oktober 2010

::CINTA PERTAMA::


CINTA ITU BELUM LAGI CINTA SELAGI IA BELUM DI LAFAZKAN.......

hye semua....
KALI nie adyva nak berkongsi cerita pasal NOVEL yang baru jer ADYVA habiskan pembacaannya jam 5 pagi tadi....
di ulangi lagi jam 5 pagi tadi....hah GEGEH x GEGEH la kan
hahahhaa.......
ntah la...adyva beli novel nie pada 23 DECEMBER 2003 di PKNS SELANGOR..
kalau x silap adyva masa nie adyva g umah mak cik kat PUTRAJAYA...
so bosan2 SAUK la novel nie..hehehe
dah berulang kali baca CINTA PERTAMA nie karya NORHAYATI BERAHIM.....
JOM kita baca sikit sinopsis cerita nie...

Sinopsis :
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?


Harga : RM 19.90
Halaman :520


Sedikit Sedutan:

Bab 11

Dr Afifah berasa bimbang melihat keadaan Sabrina. Semalam ketika mengunjungi madunya, dia sudah tidak sedarkan diri. Menurut doktor pendarahan berlaku semula menyebabkan keadaan Sabrina tidak bermaya. Tengahari itu, Hj Ahmad menelfon, memberitahu yg pernafasan Sabrina tidak menetu; sekejap bernafas, sekejap terhenti, Dia kemudian lantas menelefon Nurul Iman hendak meluahkan keresahan kepada anaknya itu.

"Mak Uda dah tenat, Iman. Apa perlu kita buat...:

Ketika itu Nurul Iman berada di pejabat. Sedang meneliti beberapa dokumen yg difakskan oleh pelanggan ke pejabatnya.

"Berdoa ajelah umi. Apalagi yang kita mampu buat" Selamba jawapan Nurul Iman.

"Kasihan dengan Eddy dan Miza, kalaulah mak mereka pergi bagaimanalah agaknya. Lagipun Mak Uda kamu terlalu muda untuk mati. Baru 42 tahun, Iman"

Komen Adyva:
puas hati ha baca buku nih. bila baca buku2 by NB saya suka cara dia describe kerja2 watak2 utama, menunjukkan NB memang buat research b4 menulis. and gaya penceritaan NB memang best. disebabkan nak baca buku ni saya sanggup tahan diri dari menonton drama tv.

B4 this memang dah baca beberapa karya NB dan saya perasan mesti ada terselit satu watak lelaki yg negatif seperti Raof (Hati yang Luka) dan Dhirran (Nota cinta buatmu). masa baca cinta pertama rasa mcm tercari cari pulak watak yg sebegitu, Dr Rahmat baik, En. Razali baik, En Ahmad baik, Carl of course la baik.. hehe.. rupa2nya muaz. character2 Raof, muaz dan Dhirran memang nyakit kan hati, tu yg best tu, membuktikan NB pandai menyerapkan rasa geram pada watak2 ni dlm penulisannya.. tapi kadang2 tu watak2 ni macam org yg sama lah pulak.


Kisah percintaan dan kegigihan seorang wanita madu. Cinta Pertama banyak berkisah dengan cinta Carl Zafran dan Nurul Iman, di selang seli dengan masalah keluarga Nurul Iman yang mempunyai ibu tiri yang sakit, dan adik beradik tiri yang tidak mengenal erti kesusahan, sentiasa dilimpahi dengan kekayaan, dan akhirnya cemburu dengan kejayaan Nurul Iman.

2 ulasan:

  1. weii noxxxx.. aku dh jual novel ni huhuhuhu.. ko gi cari novel SITI ROSMIZAH.. femez...
    1- Andai itu takdirnya
    2- cinta kau & aku ( kalo ko dpt mmg bertuah )
    3- Lafazkan kalimah cintamu ( kat fofuler jer )

    BalasPadam
  2. lupa lak.. nak bgtau aku ida lah.. huhuhuhu

    BalasPadam