::I.T ROO CAFE @ Jln Dhoby JB::


hye semuaaa.....
sorry sgt2....Adyva bz smpai xde masa nak update BLOG nie...
so kali nie Adyva ingin berkongsi mengenai ENTRY terbaru Adyva ya...
hehehehe...Jom kita layannnnnnnnnnnnn

malam nie...12 October 2010...adyva telah "having dinner with Him" kat satu cafe nie..

IT ROO CAFE. Alamat: 17, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-222 7780. Waktu perniagaan: 12.00 pm - 12.00 am. Jenis hidangan: western, hidangan cina dan tempatan.



Beberapa fakta mengenai It Roo Cafe:

>Lokasi kedai ini adalah cukup strategik kerana ia terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Amat mudah untuk mencari kedai ini kerana ia terletak di kawasan 'pondan' yang terkenal di Johor Bahru. hehe..
>Suasana di dalam kedai ini cukup santai. Ia mengekalkan konsep cafe era 80'an. Terdapat gambar-gambar old school yang digantung pada dinding kedai ini yang membolehkan kita berasa seperti berada di zaman tersebut.
>Terdapat dua kawasan untuk kita makan iaitu di dalam dan di luar kedai. Di kawasan dalam adalah berhawa dingin dan merokok adalah di larang sama sekali. Di kawasan luar sangat santai dengan dikelilingi oleh pokok-pokok renek yang sengaja diletakkan di sekeliling kawasan kedai. >Boleh merokok di luar.
>Layanan yang cukup baik oleh pelayan kedai ini membuatkan aku selesa dan terasa dihargai dan dihormati. Terbaik.

>Pernah dianugerahkan "The Best Chicken Chop" oleh surat khabar The Star pada tahun 2003. Kalian harus mencuba Chicken Chop di sini.
>Set Chicken Chop disajikan sekali dengan hirisan tomato, timun dan kentang yang dipotong dan digoreng sendiri. Kombinasi ini dapat mengurangkan rasa mual.
>Saiz Chicken Chop yang agak besar boleh mengenyangkan perot yang sederhana besar macam aku.
>Harga Chicken Chop di sini berpatutan dengan saiznya iaitu RM11. Harga-harga makanan dan minuman lain juga berpatutan antara RM2 hingga RM20. Jangan sesekali membandingkan harga di sini dengan warong-warong kecil di kampung anda!
>Kawasan meletak kereta adalah terhad. Jika tidak bernasib baik, anda harus meletakkan kereta anda berhampiran dengan Plaza Kotaraya. Lantas kena berjalan kaki yang amat jauh dan membolehkan ketiak anda berlendir setibanya di sini. Jadi, berdoalah agar terdapat petak kosong di hadapan kedai ini. Membawa motosikal adalah amat digalakkan.

>Sesuai untuk pasangan kekasih bermadu asmara sambil memakan makanan western. Tetapi diingatkan untuk membuat tempahan tempat duduk kerana tempat duduk adalah terhad.


Ulasan

Catatan Popular