Khamis, 21 Oktober 2010

::NOTA CINTA BUATMU::



"Ketuklah pintu hatiku, aku sedia membukanya"

Hye u olsssss.....
kali nie ADYVA nak bercerita pasal NOVEL yang baru saja ADYVA habis baca
sedangkan dah berPULUH-PULUH kali baca novel NOTA CINTA BUATMU nie..
ntah kenapa KALI nie terasa nak ulang SEMULA membacanya...hehehe

actually, ADYVA beli novel nie pada TARIKH 29 APRIL 2004....
bayangkanlah dah 6 tahun dalam simpanan ADYVA, adyva kuarkan semula dan baca
hehehe...MUNGKIN ada sedikit persamaan kot ngan keadaan semasa
hehehehee....

KARYA Norhayati Berahim nie mmg an interesting read. Kisah Ana yg berkahwin dengan Dhirran. seorang isteri yg baik tapi suaminya kawin
lain, dgn Nora. Dhirran dan nora ni pakar menyakitkan hati orang. i'm glad Ana tinggalkan Dhirran. kehadiran Graham dalam citer ni memang
memBEST kan lagi citer ni. great ending.so SWEET dan mengalir jugaklah air mata JANTAN ADYVA masa membacanya
hehehe...syabas to NORHAYATI BERAHIM..

JOM Kita baca sedikit SINOPSIS novel nie....

Sinopsis:


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.


Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!


Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.


Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!


RM 17.00
432 muka surat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan