::Aku Masih Solo::



hye2 semua....
mesti ala2 tertanya kan kenapa ENTRY kali nie bertajok mcm tue..
hehehehe.....ntah la u ols..
kadang2 kita kena berMUHASABAH diri kita sendiri....
sebabnya...KITA kena pandang ke dalam diri kita
atau word paling sesuai CERMIN diri
waaaaaaaaaaaaaa.....mcm apa jer kan..mcm dah bersalah sangat jer
hehehe
apa2 pon itulah UBAT paling mujarab..betol x???

artikel nie adyva dapat dr EMAIL yang dikirimkan oleh sahabat Adyva..
apa kata kita BACA dan kita renung ke dalam diri kita
apakah kita memahami dan memandang JODOH itu satu keperluan...
lain orang lain pendapatnya...bagi Adyva , di eringkat usia sebegini BIARLAH ianya dtg dengan sendiri....masih bayanh yg belum kita capai dan gapai..
wallahualam...semua itu sudah teSURAT sejak azali...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk keseberang.


Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya
cepat sebab jambatannya singkat.


Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan.


Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat . Allah
itu Maha Mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr/Ms Right dan biar seorang diri daripada
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.


Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua
orang di dunia ini.


Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati
kita, alangkah bahagianya orang itu.


Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa
pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.


Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.


Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu
kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah
dan berfikiran positif.


Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti
ada baik dan buruknya.


Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga
orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.


Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?


Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji , memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.


Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu
kesabaran itu.


Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak
jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala
tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang
menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.


Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan
hingga berjaya.


Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan
insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.


Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan .


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita
menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah
nak hadiahkan kita pelangi.


Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.


Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.


Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.


Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah
jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.


Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati
kalau tak tahu menilai.


Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana
segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Ulasan

Catatan Popular