::MARI PUJUK HATI::


RENTETAN dari entry sebelom ini...
adyva nak SHARE cara2 MEMUJUK HATI~...
ayuh baca~

Mari, Pujuk Hati

Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.

Biarkan ia berlalu bagaikan angin.

Sebenarnya kan, anda tidak perlu pun merasa sedih apabila anda tidak dihargai. Sebab apa? Sebab disisi ALLAh sebenarnya, anda sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya anda memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAh SWT.

Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. Eh, jangan begitu.

Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama.

Anda ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan ALLAH!

Mari kita cuba. Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana ALLAh SWT. Dengan itu, anda akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan anda. Sebab apa? Sebab, anda dilindungi oleh ALLAh dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.

Anda pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini.

Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAh, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Andainya suatu hari nanti, anda memberikan sebuah kereta kepada seseorang. Maka tidak mustahil sekiranya orang itu akan melanggar anda menggunakan dengan kereta yang anda berikan sehingga anda lumpuh.

Anda bersedih? Anda akan rugi.

Anda senyum, maka anda akan bahagia.

Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.

Untuk diri saya sendiri terutamanya.

Semoga ALLAh merahmati.

Ulasan

Catatan Popular