::RASA DIRIKU::


Rasa Diriku
hadirnya tiada diduga
memberi 'sinar' yang hampir pudar warnanya
memberi santapan kpd belahan jiwa
memberi makna kepada diri
ada tembok pemisah antaranya
panjang lagi kukuh
tegap lagi utuh
mengasingkan dua dunia
menjadi sempadan jiwa
penghalang sempadan rasa
mainan perasaan hanya di kejauhan
ungkapan rasa
sekadar sebutan, sekadar perkataan
merawan rindu diangin lalu
menyulam kasih dalam rintihan
tiada jalan penyelesaian
hanya harapan dapat dimohonkan
hanya doa dapat dipanjatkan
pengunduran diri
pencetus kecelaruan emosi
menyingkap rahsia peribadi
mengundang rasa simpati
bagai CAHAYA merentasi jasad
mengemis kasih pada sempadan
mencipta tragedi pencetus memori
sampai bila-bila tetap begini
sampai masa
aku akan pergi
membawa hati
menerbangkan jiwa yg seakan mati
mencari cahaya
meniti hari demi hari
kerana ku tahu ketentuan hidupku ini
telah ditinta oleh NYA sejak AZALI.....rasa diriku..

NOTA KAKI::hye2.....kali nie RASA DIRIKU....adyva...
hehhhee...xde la u ols....saja nak menyemadikan apa yg rasa dlm diri ini.....so..KITA nukilkan di sini sebagai coretan buat kenangan masa depan.....
SO.....10 thn akan dtg IF adyva bukak blog nie..
tgk entry yg nie...OWH.....24 November 2010 aku mcm nie kesahnya
hehehehehehXD

Ulasan

Catatan Popular