::MERSING::

Title : Simbol MERSING ala HOLLYWOOD
Picture By : Ady Idris
Edited By : AdyvaPHOTO
Location : Bandar Mersing

SALAM mesraaaaaaaa semua....
kali nie Adyva menulis tentang DAERAH yang adyva di besarkan~..
MERSING.....
JOM sama-sama kita selami apa ada di MERSING~...

Mersing merupakan daerah ke-3 terbesar dari segi keluasan tanah di Negeri Johor, iaitu seluas 700,805 ekar atau 283,608 hektar (2,838 kmp). Keluasan ini adalah 14.6% daripada keluasan seluruh Negeri Johor. Ianya juga mempunyai bilangan penduduk seramai 69,947 orang menurut Jabatan Perangkaan Johor 2001.Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu.Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.

KELUASAN DAERAH DAN MUKIM

BIL

MUKIM

HEKTAR

EKAR

PENGHULU

KAMPUNG

1

Mersing

76,147

188,160

1

12

*2

Lenggor

62,938

155,520

-

-

3

Sembrong

59,830

147,840

-

-

4

Tenggaroh

17,871

44,160

1

11

5

Padang Endau

16,317

40,320

1

24

6

Triang

6,475

36,679

1

11

7

Jemaluang

12,432

30,717

1

11

8

Penyabong

10,101

24,956

1

6

9

Tenglu

16,058

16,000

1

16

10

Pulau-pulau

5,439

13,453

1

60

JUMLAH

283,608

700,805

8

151

* Tiada Penduduk

INFO MERSING :: Sumber WIKIPEDIA

Mersing merupakan sebuah bandar di Bahagian Mersing di sudut timur laut negara bagian Johor, Malaysia.Mersing Kota (penduduk dijangka pada tahun 2009: 21.670 merupakan bandar pelancongan yang ramai dikunjungi oleh Malaysia dan pelancong asing.
Mersing bandar adalah sangat penting untuk sejumlah alasan: itu adalah salah satu daripada hanya dua bandar-bandar besar terletak di bahagian timur negara bahagian Johor (yang lain Kota Tinggi), terletak di jalan batang utama yang menghubungkan bahagian selatan serta timur Johor dengan pantai timur negara bahagian Pahang termasuk ibu negeri Pahang Kuantan (sebahagian daripada Federal Route 3), dan merupakan titik berlepas utama bagi feri ke pulau-pulau lepas pantai yang terdekat seperti Pulau Tioman.
Title : Pelabuhan Nelayan
Picture By : Ady Idris
Edited By : AdyvaPHOTO
Location : Jambatan Mersing
GEOGRAFI

Mersing adalah 136 kilometer timur laut ibu negara bahagian Johor Bahru.
Mersing kota juga merupakan pelabuhan utama untuk feri ke Pulau Tioman dan lebih dari 40 pulau yang lain di Kepulauan Seribuat. Hal ini mudah dicapai dari Republik Singapura, negara Johor ibukota Johor Bahru, ibukota Malaysia Kuala Lumpur dan bandar utama utara Malaysia Kuantan dengan kereta, teksi bas, atau pelatih.

Hiburan

Walaupun kota kecil, Mersing sangat baik dilayan oleh pelbagai restoran, kafe dan kedai kopi tradisional. Ada juga pasar raya moden dan kedai tradisional yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan internet dan makanan barat bagi pelancong asing. Rumah Sakit Daerah utama juga terletak di bandar Mersing dan ada juga banyak klinik perubatan swasta jika perkhidmatan perubatan yang diperlukan. Sebahagian besar bank Malaysia juga mempunyai cawangan di bandar Mersing. Dekat dermaga feri di bandar Mersing adalah taman umum dengan kemudahan bermain untuk anak-anak dan Restoran.
Untuk menerokai Mersing benar-benar, dianjurkan bahawa pelancong mempunyai kereta atau pengangkutan yang lain. Ada relatif lampu lalu lintas di daerah dan basikal akan menjadi mod yang sangat baik perjalanan.

Tarikan

Dari Mersing, pelancong boleh melawat pantai-pantai di dekatnya banyak. Pantai di kawasan-kawasan pantai Mersing saingan di pulau-pulau yang terdekat. Ini mudah diakses dari Mersing bandar. tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi dekat ke bandar Mersing yang Endau bandar, lepas pantai pelabuhan perikanan besar di Johor (sekitar 33 km dari bandar Mersing) dan Penyabung, sebuah desa nelayan yang sangat tenang terletak di teluk yang indah dengan laut (sekitar 20 km dari bandar Mersing). Daya tarik lain adalah Endau Rompin Taman Kebangsaan di utara.
Ada banyak hotel dengan harga yang berpatutan melayani pelancong Malaysia dan asing banyak yang melawat bandar Mersing sepanjang tahun.
Masyarakat Cina di Mersing terutama milik kumpulan dialek Kantonis dan berbicara Mandarin dan Kantonis.

Pentadbiran

Mersing dikendalikan oleh Majlis Daerah Mersing Mersing atau Dewan Daerah. Mersing adalah kod pos 86800.

SEJARAH

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.

Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.

Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.

Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.

Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.

Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.

Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu



Sri Mersing

Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu
Hatiku rungsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah mashyur
Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur

Ulasan

Catatan Popular