::PETUA KELUAR DARI ZON SELESA ANDA::


Petua untuk keluar daripada zon selesa

1.Muhasabah diri
Lakukan penilaian (muhasabah) diri untuk mengenal pasti adakah anda berada di zon selesa. Jika
segalanya yang anda ingin telah anda perolehi dan tiada lagi keinginan untuk berusaha atau
mengubah hidup anda, maka anda telah berada di dalam zon selesa yang amat dalam.

2. Kesedaran diri
Kesedaran diri akan muncul jika anda benar-benar ikhlas di dalam menilai diri anda. Kesedaran diri ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah yang anda ingin ubah atau apakah yang perlu anda usahakan untuk keluar daripada zon selesa anda.

3. Kemahuan diri
Kemahuan diri adalah keinginan anda secara bebas tanpa paksaan untuk mengubah norma-norma kebiasaan sebagai langkah untuk keluar daripada zon selesa. Kemahuan diri juga akan membantu anda untuk mengetahui perkara baru yang anda inginkan dalam hidup anda.

4. Keyakinan diri
Keyakinan diri amat penting di dalam usaha untuk mengubah diri dan keluar dari zon selesa.Keyakinan dapat membantu anda untuk mempercayai bahawa anda berupaya untuk melakukan atau mencapai sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelum ini.

5. Nilai diri
Nilai atau prinsip diri yang teguh akan mengukuhkan kepercayaan anda untuk bertindak keluardaripada zon selesa. Bagi beragama Islam, kepercayaan terhadap nilai-nilai ajaran Islam akan memudahkan proses penghijrahan (perpindahan) daripada satu tahap kehidupan kepada yang lebih baik.

6. Tindakan
Tindakan adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk keluarkan diri daripada zon selesa. Kesedaran, kemahuan, keyakinan dan nilai diri hanya dapat berfungsi dan bermakna jika anda bertindak melakukan perubahan diri.

Ulasan

Catatan Popular