::TANDA-TANDA ANDA PERLU BERHENTI KERJA::


Salam SEMUA warga BLOG dan FOLLOWERS adyva~....
Entry kali nie saja adyva nak KONGSI/SHARE dengan u ols berkenaan topi
ANDA PERLU BERHENTI KERJA~

Tanda – tanda yang anda perlu berhenti Kerja:

1. Anda mula malas bangun pagi.
Ini bukanlah satu sifat yang bagus. Orang yang berniaga juga perlu bangun pagi. Tapi jika anda bekerja, jam loceng merupakan musuh ketat anda. Anda merasakan anda perlu melambatkan masa. Anda tidak yakin hari ini akan jadi lebih produktif dari semalam. Anda tercari-cari alasan konkrit untuk tidak hadir atau sekurang-kurangnya melambatkan usaha kemasukan anda ke opis. Tayar pancit? Migrain? Anak demam? Saya yakin bos anda telahpun mempunyai database ALASAN yang sering di gunakan.

2. Anda MULA menghabiskan masa!!!
Masa anda di opis banyak di habiskan dengan berchatting, berfacebook, mengeteh, main karom, main dat, hisap rokok tepi tangga dan sebagainya. Anda perlu ingat bahawa kerja adalah amanah. Benda – benda yang anda lakukan itu menunjukkan anda tidak amanah semasa bekerja. Bagaimana pula hukumnya dengan rezki yang anda cari tersebut? Masyaallah. Anda juga perlu ingat bahawa ramai lagi orang di luar sana yang tercari-cari kerja, yang mana jika mereka diberi peluang yang sama rata untuk menjalankan kerja anda, mereka akan melaksanakannya dengan 10 kali ganda lebih baik. Berilah mereka peluang!

3. Wujud bibit-bibit pertelingkahan dengan bos, supervisor atau rakan sekerja anda.
Pernah dengan ungkapan “Bos always right”? Saya yakin, majoriti pernah mendengarnya. The truth is, walau pun bos tak betul, mereka akan ingat mereka betul. Kerana mereka yakin ungkapan tadi telah di tanamkan di dalam minda separa sedar pekerja bawahan mereka. Ini merupakan satu penindasan berbentuk psikologi. Jadi apabila wujud sesuatu isu yang memerlukan perbincangan, bos selalunya akan menggunakan ungkapan tersebut. Jika ianya tidak keluar dari bibir bos, ianya pasti akan keluar dari mulut rakan sekerja yang menyokong bos atau bahasa mudah nya kaki kipas bos. Atau mungkin juga ianya akan terbit dalam minda anda sebagai satu warning signal. Kesannya, pergaduhan yang bermula dari minda dan berkemungkinan akan berakhir dengan makian dan cacian dan mungkin juga ada pihak yang akan di sauk.

4.Anda mula mempersoalkan semua dasar, peraturan dan sistem yang telah digunapakai selama ini dengan nada yang keras.
Perubahan memang perlu. Bear in mind. Mereka yang tidak mahu berubah adalah mereka yang sama ada telah terlalu selesa atau terlalu penakut. Jika perubahan tersebut melibatkan individu, maka ianya perlulah di laksanakan secara konsisten dan berhemah. Maksudnya, jika anda melihat ada sesuatu dasar atau peraturan yang berat sebelah, anda perlu menyatakan nya kepada bos anda. Anda cadangkan sesuatu yang lebih baik. Jangan pandai hentam je. Cadangkan sesuatu. Jika bos anda seorang yang open minded dan hearted, dia pasti akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Apa yang perlu ialah perbincangan dalam komunikasi. Masalah timbul jika komunikasi wujud tetapi tiada perbincangan. Ianya seumpama mendengar radio. Dah puas dengar, tutup.

5. Anda tidak nampak bagaimana kerjaya anda sekarang dapat membantu anda untuk 5 atau 10 tahun akan datang.
Sesetengah dari anda telah pun melanggar dinding. Apa maknanya tu? Maknanya, gaji anda telah sampai ke maksimum. Mati. Langgar dinding. Untuk sekarang mungkin ok. Anak-anak pun kecil lagi. Tapi cuba bayangkan dengan harga minyak yang naik (lagi!), gula (lagi!) dan tol (lagi, lagi!!), mampukah gaji anda bertahan? Pilihan yang ada ialah anda pergi melanjutkan pelajaran untuk meningkat kan lagi jawatan anda. Sifir mudah, tinggi pangkat, tinggilah gaji. Betul? Tapi persoalannya, berapa ramai antara kita yang mahu membuka buku semula? alasan yang sering di dengar ialah otak dah berkarat, malas la nak bukak buku lagi, anak dah ramai, yuran belajar dah mahal, nak berulang-alik jauh dan macam-macam lagi. Emm banyak nya alasan untuk tidak berjaya!

Nah, itu adalah sebahagian kecil tanda-tanda mengapa anda kena berhenti kerja. Anda mungkin ada alasan lain. Kadang-kadang ia bersifat peribadi dan subjektif. Saya faham. Apa yang penting ialah jika anda merasakan sudah sampai masanya, take action. Janganlah bertangguh. Ingatlah bahawa Rasullah juga adalah seorang bisnesman. Yakin lah dengan rezki yang Allah beri. Insyaallah!

so BAGI adyva TEPOK DADA TANYALAH SELERA~...

Ulasan

Catatan Popular