Rabu, 9 Februari 2011

::DI KALA::


Di kala
Seorang aku
di baluti alunan rindu
pada bayang-bayang hampa
yang bertandang kala grimis senja
menyirami taman-taman sepi
berteman-teman bunga-bunga yang hampir layu
menanti detik gugur
menyembah ke persada bumi

Di kala
Seorang aku
menyemai ria asmara
pada kelopak bunga-bunga lesu
sebelum disantap sang ulat daun
jiwa halus tersentak dan tersedar
aku cuma sekadar tetamu petang
pengiring gerimis senja
yang kekontangan kasih
kala dahaga dahaga datang menyapa

Kini seorang aku
harus berangkat pulang
kerana bunga-bunga di taman
kembali segar bewarna
diseri kumbang-kumbang jantan yang lebih haq
lalu aku akur
ku titipkan kuntuman senyum
pada sebuah nostalgia usang
kerana aku sedar
aku cuma tetamu petang pengiring gerimis senja

Adyva
10 Feb 2011
12.25mlm
LCA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan