::SOLAT JUMAAT @ MASJID SULTAN ABU BAKAR::

nie la die u ols.....
gambar penuh MASJID SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU~...
adyva, Zaki & Miss J telah pon berkesempatan menunaikan
SOLAT JUMAAT, 4 February 2011 di Masjid yang bersejarah ini~
reka bentuknya penuh COLONIAL BRITISH gitooooooo kan~
mengamit lensa kamera kami utk merakamkan gambar ini~..

selesai menunaikan solat sunat 2 rakaat dan sementara menanti azan zohor..
kami sempat lah SNAP2 gambar ruang dalam masjid!
tersergam binaan ala VICTORIA ENGLISH CLASSIC dlm ruang sembahyang ini~
mimbar EMAS begitu cantik!!!...

hamparan permaidani biru laut yang tebal terhampar indah!
sangat selesa u olssssss~...

selesai solat jumaat
kami pon bergambar2 di hadapan masjid...
inilah gambarannya di luar masjid selepas selesai solat jumaat~

menara utama nasjid u ols...
ok jom baca INFO di bawah ini~...

::INFODIVA::

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembunaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.

Masjid ini telah dibina oleh 'Bapa Johor Moden' iaitu Sultan Abu Bakar pada tahun 1892, menandakan titik permulaan proses permodenan negeri Johor. Kerja pembinaannya memakan masa selama 8 tahun dan disempurnakan pada tahun 1900. Masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Senibina masjid ini memaparkan pelbagai gaya tetapi yang paling menonjol ialah gaya senibina Victoria! Ada yang berpendapat menara bilal masjid ini kelihatan seakan-akan menara jam British.

Ulasan

Catatan Popular