Selasa, 22 Mac 2011

::PERGILAH SEPI by Aishah Ashari::


salam mesra u ols.....
dalam hari hujan nie...mmg syok adyva membaca KOLEKSI2 Novel adyva
yg tersusun rapi di RAK adyva nie.....
tetibe mlm td mood membaca dtg menerpa u ols....
belek punya belek......nampaklah NOVEL nie

PERGILAH SEPI
Terbitan alaf 21 sdn. Bhd
karya pertama Fauziah Ashari

maseh tercatat lagi di KULIT pertama novel nie...
adyva membelinya di KOTA TINGGI pada 6 FEBRUARY 2003
kira2 dah 8 9 tahun gak adyva simpan ek!..
ntah berapa kali dah membacanya tp x jemu!....


"Bila keriangan singgah di hati, kesepian berlalu pergi"


kisah dua fiq yang menarik - Afiqah dgn Syafiq. takdir menemukan jodoh mereka dgn cara yg mengaib kan. Syafiq cuba menjadi suami yg baik tapi Afiqah tetap rasa teraniaya.. tapi lama kelamaan dia makin suka dgn keluarga suaminya. tapi dia ni keras hati sukar nak memaafkan syafiq.


Citer ni sebenarnya simple tapi cara penulisan Fauziah Ashaari memang menarik walaupun ini novel pertamanya.


sinopsis belakang buku:


Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.


RM 12.00
368 muka surat

sekian buat kali nie....
mlm nie sure HABIS...tggl suku je nk hbs!...
layannnnnnnn

2 ulasan:

  1. yurp cite I pun pernah baca cuma dah lama. tahun 2003 dulu kot. Cite ni memang best tapi lupa dah jalan citenye.

    BalasPadam
  2. thats y la i GEGEH membacanya!!!
    baru hbs membaca NOVELO nie...terus on9~...

    BalasPadam