AWAS Telur Palsu!!!!

waa....salam sayang u ols....
kejap jer dah hari khamis!..kannnnn~...
malam nie malam jumaat~..wah!
hah OK la...xnak merepek sgt!....malam nie adyva nak cite pasal TELUR ok~..
TELUR AYAM la~....jgn pk bukan2 okeyyyyyyyyy~......Shhh~

skang nie mcm2 benda di PALSUkan~..termasuklah TELUR ayam!
AWAS ye telur ayam yg anda beli HARI INI~...adakah ORIGANAL????
silap2 aribulan AYAM pon palsu!...
skang nie MANUSIA PALSU pon ada...kekeliruan identiti kannnn~....

JOM baca Artikel di bawah nie yang di petik dr http://www.selangorkini.com.my/my/berita/31414

GEORGE TOWN, 7 April 2011: Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasarPulau Tikus di sini .

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natriumalginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

BERNAMA

p/s: hati2 ngan TELUR ya.....nie baru smpai PENANG, kalau dh smpai JB mcm mana???erk....BAHAYA!

Ulasan

Catatan Popular