MEMBERI KEMAAFAN~

Pernah tak kita rasa begitu sukar nak memberi kemaafan? Yang paling menyedihkan apabila kemaafan itu sekadar lahir di bibir sahaja. Hakikatnya, jauh di sudut hati, masih tersimpan seribu satu rasa yang mencengkam jiwa.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apa kata mulai hari ini, apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:

  1. Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
  2. Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
  3. Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
  4. Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)
  5. Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
  6. Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.
Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini?Salam ceria dan kasih sayang.

Ulasan

Catatan Popular