Isnin, 17 Oktober 2011

Adyva DEMAM~


Adyva Demam
MC 2 hari.....pagi2 dah ke Klinik Penawar berhampiran utk mendapatkan RAWATAN & MC~
fuhh lega~......jom kita baca sikit apa tu DEMAM~

Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
cirit birit, denggi, dan HIV.

• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)

• Demam malaria

• Penyakit sendi

• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

• Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan

• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
badan.

• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup

• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.

• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.

• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.

• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.

• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit sendi, atau bengkak-bengkak badan

• Sakit perut, mata atau tulang pipi.

• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.

• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.

• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.

• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari. 2

• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.

• Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan

• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam

• Mengamalkan kebersihan .

• Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

• Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari
farmasi untuk mengukur suhu badan.

• Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat
yang dimasukkan ke dalam mulut.

• Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.

• Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.

• Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika
suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang
rendah).

• Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.

Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga
Atau Perubahan Warna Kulit?

• Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.

• Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan