Ahad, 23 Oktober 2011

Adyva & N.D Lala @ SCHJB~

salam semua~...
salam berhujung minggu~
Adyva bekerja ya hari ini~....adeh.....

nak di jadikan cerita~ masuk2 keja jer ND LALA pon trn utk check Out~
waa.....sempat la jumpa die td~

sempat ex-change name card~ and ADYVA dpt kad die~
ley calling2~ siap cakap ngan Shila Hamzah lagi~
waaaaaaaaaaaaaa...dimana-dimana~..di mana ku harus mencari cinta yang sejati.....lalalala...
eh..menyanyi plak kita~....

then sempat la bergambar vagai u olsssssssss......
apa lagi~ bukan senang nk jumpa artis kan!~ hehehehe

then ND LALA bagi Adyva Album baru die~
tajuknya PM KITA~...
td masa OTW nak blk umh adyva dengar lagu nie dlm keta~
album nie di kemaskinikan oleh PAK NGAH~ dan kebanyakkan lagu oleh ND LALA & LIRIK oleh beliau sendir~

meh baca berita UTUSAN kejap~ daaaaaaaaaaaaaaaa.....

ALBUM PM KITA DILANCAR

E-mailCetakPDF HIT : 693

KUALA LUMPUR 2 Jun - Selari dengan konsep serta semangat 1 Malaysia, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini melancarkan album PM Kita hasil ciptaan penyanyi, ND Lala.

Rais berkata, album tersebut yang diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah kementeriannya itu bertujuan memberi kesedaran dan semangat patriotik serta cintakan negara di kalangan generasi muda.

Album edisi khas yang dikeluarkan ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah itu juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda dalam menghormati pemimpin.

"Selain itu, album ini juga merupakan hiburan santai yang memuatkan mesej pembangunan negara serta semangat bersatu padu antara kaum," kata Rais pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Lagu PM Kita dan Rumah Kita merupakan lagu khas yang ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran terhadap rakyat untuk mencintai pemimpin dan mempertahankan negara.

Menurut Rais, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bekerjasama memainkan lagu yang terdapat di dalam album berkenaan melalui stesen-stesen radio milik kerajaan.

Album PM Kita mengandungi 10 buah lagu dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan