...bila kita TIDUR kurang 6 jam sehari....

Argh! Bosannya...dalam kebosanan..aku cuba la post entri kat Nuffnang. Yes! Berjaya..lepas tue chat la ngan blogger yang melekat kat situ. Tapi kebosanan masih tak hilang.. Tengah duk saja-saja nie..cuba la dengar lagu Rabbani..Pergi Tak Kembali. Tenang jiwa sikit... Pastu,usha pulak post kat Innit Nuffnang tuh... Berkaitan dengan tidur.. ''Kurang Tidur Berisiko Mati Awal''.. Tengok tajuk pun dah gerun.. apapun,anda perlu baca artikel kat bawah nie...huhu..takot-takot..sebab selalu tido lewat dan memang aku kurang tidur sekarang nie.... Zaasss....!!

16 kajian yang mengumpul data lebih daripada 1.5 juta peserta mendapati yang manusia yang sentiasa tidur kurang dari 6 jam sepanjang 25 tahun hayatnya mempunyai 12% risiko untuk mati lebih awal berbanding mereka yang tidur dalam lingkungan 6-8 jam sehari.
Seorang pakar dari Sleep, Health and Society Program, Professor Francesco Cappucio (nota: bukan cappuccino!) berkata,”Walaupun kurang tidur boleh menyebabkan kematian awal, tidur yang berlebihan juga dipercayai mempunyai kesan kematian awal yang lebih tinggi”. Laa.. pulak..

Sewaktu kajian dan pemerhatian yang dijalankan sepanjang 25 tahun ini dibuat, lebih 100,000 kematian telah direkodkan daripada 1.5 juta peserta yang mengambil bahagian dalam eksperimen itu.

Tapi kalau nak diperhatikan, masyarakat zaman sekarang ini lebih kurang tidur berbanding dengan dulu. Kenapa? Sekarang sudah ada internet, sudah ada Astro, sudah ada Wii, X-Box, segala macam Play Station, tak mustahil dari ibu bapa sampai ke anak-anak akan mula kurang tidur terutama pada hujung minggu.

Dan sekarang juga orang dewasa sudah mula bekerja mengikut shif lebih-lebih lagi dalam industri IT, pembuatan (jaga pengeluaran kilang yang beroperasi24 jam sehari), pelajar universiti yang perlu bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus, serta ibu-ibu yang terpaksa tidur lewat dan bangun awal untuk siapkan pakai makan anak & suami.

Anda pula bagaimana? Adakah anda juga sudah ketagih tidur lewat untuk berblogging dan bangun awal untuk ke kelas atau tempat kerja? Atau anda lebih kepada “tidur macam esok dah tak ada!” . Apa-apa pun style tidur anda (kurang atau berlebih), pastikan yang anda tidak mengamalkannya dengan konsisten selama 25 tahun, ya!

Ulasan

Catatan Popular