Adyva EMCEE sampai ke KUALA LUMPUR u olssss =)


Salam sayanggggggggggggg......
pekabo semua!

mcm mana dengan tajuk ENTRY di atas nie....
nie la JOB terbaru Adyva u ols....
jadi EMCEE utk majlis perkahwinan cousin Adyva
di Bangi Selangor~
kali nie Adyva tuidak berseorangan ye
Adyva di pasangkan bersama Mak Lang Adyva......
selaku pengacara hebat JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR~
waaaaaaaaaaa.....

ala2 tumpang Glamour gitew kan!
hehehehXD

ok la~ malas nak berceloteh panjang....
jom tgk SKRIP Adyva aritue~


ANN 1
MEMGUMUMKAN KETIBAAN PASANGAN MEMPELAI MASUK KEDEWAN.
Panas kering siapakan tahu,
Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik samalah padan.

Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Sama cantik sama padan
Sama tanpan sama jelita
Sama muda tampak sepadan
Ibarat pinang dibelah dua

Bagai Adam dengan Hawa
Bagai Uda dan Dara
Bagai Rama dengan Sita
Bagai Laila dengan Majnunnya


KINI TIBALAH MASA, PASANGAN PENGANTIN MUHAMMAD NOORADZAM BIN ADAM DENGAN PASANGANNYA NURAZILAH BT. HJ. MOHAMED SALLEHULLDIN MELANGKAH KE MAHLIGAI KASIH , PELAMIN YANG TELAH DIREKA KHAS .

ANN 2
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.

Di malam hari terang senegeri,
Memberi cahaya di tengah balai,
Majlis indah bertambah seri,
Untuk meraikan kedua mempelai.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
Yang Dihormati Dato-Dato, Datin-Datin, Para Jemputan, Ahli-Ahli Keluarga Kedua-Dua Belah Pihak ,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dimuliakan.
ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Majlis Terlebih Dahulu Mengucapkan Selamat Datang Kepada Para hadirin sekelian diatas kesudian memeriahkan Majlis Persandingan. MUHAMMAD NOORADZAM BIN ADAM dengan Gadis Pilihan Hatinya NURAZILAH BT. HJ. MOHAMED SALLEHULLDIN. Sekali lagi majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

ANN 3
Burung nuri hinggap di balai,
Balai seri buatan Pak Tua ,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.

Di mulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi,

Di mohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,

Diucapkan puji-pujian, kepada Allah dengan sebenar-benarnya puji,

Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Dengan Itu , Majlis Mempersilakan USTAZ TALIB BIN JUSOH
Untuk Memimpin Bacaan Doa./ Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

ANN 4
AMIN AMIN YA RABBIL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ TALIB BIN JUSOH.ATAS BACAAN DOA ITU TADI./SEMOGA JODOH YANG TELAH DIATUR OLEH ALLAH INI, BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.
Dengan segala Hormatnya, pihak majlis menjemput Bapa Pengantin Lelaki, En Adam Bin Daim selaku Tuan Rumah untuk menyampaikan sepatah dua kata,..........................di persilakan~
TERIMA KASIH di ucapkan kepadan En Adam Bin Daim di atas ucapan tadi...
Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi tuan rumah iaitu pasangan suami isteri, En. Adam bin Daim dan Pn. Noor Azizah bt. Othman kerana berlangsungnya majlis perkahwinan anak sulung beliau Muhammad Noor Adzam b. Adam yang telah diijabkabulkan dengan pasangannya Nurazilah Bt Hj Salehuddin pada hari Ahad 5 Feb 2012.


Ikan di laut asam di darat,
Tersilap masak dibuat serunding,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin duduk bersanding.

Orang jauh dikenang-kenang ,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Di atas pelamin sama bersatu.

ANN 5
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Para Hadirin Sekalian./ Menyingkap Bibit-Bibit Perkenalan Pasangan Pengantin Ini, tidak lah kita ketahui ..............katanya Biarlah rahsia . Perkenalan Yang Tidak Disengajakan Ini Akhirnya Memutikkan Rasa Cinta Dalam Hati Pasanagan mempelai . Setelah Mengenali Hati Budi Masing-Masing, Akhirnya Pada 2011 Pasangan Pengantin Ini Mengikat Tali Pertunangan .Pada Hari Ini Janji Sepakat Yang Telah Dibuat Ditunaikan.
Semoga Kebahagiaan Yang Dibina Ini Akan Kekal Selamanya.

ANN 6
PARA HADIRIN SEKALIAN.
TANPA MEMBUANG MASA, MAJLIS MENERUSKAN ACARA MENEPUNG TAWAR. BAGI MEMULAKAN ACARA INI , DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
• AYAHANDA,BONDA dan ahli keluarga KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN UNTUK MENEPUNG TAWAR PENGANTIN.
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH .

ANN 7

ANN 8
SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA ,AYAHANDA, BONDA dan ahli keluarga KEPADA PENGANTIN LELAKI UNTUK MENEPUNG TAWAR.
DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH .

ANN 9
ANN 10
ANN 11
Para hadirin yang dimuliakan
Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Dibawa dengan penuh beradap,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini masa makan beradap.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MAKAN BERADAB, DENGAN ITU ,MAJLIS MEMPERSILAKAN PASANGAN MEMPELAI UNTUK TURUN DARI MAHLIGAI KASIH KE MEJA MAKAN BERADAB YANG TELAH DISEDIAKAN.

DENGAN SUKACITANYA DEPERSILAKAN.

ANN 12
HADIRIN SEKALIAN ,
MAJLIS MEMPERSILAKAN PASANGAN PENGANTIN UNTUK MEMYEMPURNAKAN UPACARA MEMOTONG KEK.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN .
ACARA POTONG KEK
BAGI MEMBERIKAN SERIBU KENANGAN MANIS KEPADA PASANGAN PENGANTIN.
MAJLIS MEMPERSILAKAN PENGANTIN LELAKI MENYUAP KEK KE MULUT PENGANTIN PEREMPUAN.
ANN 13
DIPERSILAKAN PULA PENGANTIN PEREMPUAN UNTUK MENYUAPKAN KEK KE MULUT PENGANTIN LELAKI.
Anak Cina mengail patin,
Mengail patin di tepi titi,
Senyuman terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi kedusun memetik kelapa
Kelapa muda s ikelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

ANN 14
DENGAN ACARA MEMOTONG KEK itu tadi ,dengan ini MAJLIS PADA HARI INI JUGA TELAH SAMPAI ke PENGHUJUNGNYA.
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.
SAYA BAGI PIHAK TUAN RUMAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN YANG SAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK LELAKI BELIAU.
SAYA................BAGI PIHAK MAJLIS TURUT MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN DAN KEPINCANGAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

SEKIAN TERIMA KASIH, ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

• Untuk makluman Bagi ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan juga kawan-kawan boleh lah bergambar kenangan bersama pengantin.


LAMPIRAN PANTUN EXTRA

Kepada kedua-dua mempelai.....dengar pantun ini ya...

S Ulam raja daun selasih
Untuk santapan raja dan menteri
Bagaimana nak tahu datangnya kasih
Hingga terjalin janji termetri.


J. Sayangkan mangga ditebang betik
Sayangkan padi buangkan rumput
Mata terpandang hati berdetik
Mesra terjalin kasih berpaut

S. Kaki tercucuk paku berkarat
Kasut lusuh jangan dipakai
En. Azerul di timur, Adzah di barat
Apa petua apa yang mereka pakai

J. Ikan dilaut tempoyak di darat
Dalam periuk gulai namanya
Tuan di timur saya di barat
Keramat cinta bertemu jodohnya

S. Pergi memancing bersama cik nyonya
Sambil menangkap si ketam batu
Wahai cik abang adik nak tanya
Sanggupkah setia pada yang satu

J. Tapai masam kerana ragi
Jadi umpan ikan di laut
Cinta baru datang dan pergi
Padamu jua hati terpaut

Ulasan

Catatan Popular