Langkau ke kandungan utama

Mentadak Mentadu di TAHUN LOMPAT menemani Adyva Update BLOG!!!!

Salam u ols~....
Salam Tahun Lompat ye!
waaaaaaaa....4 tahun sekali jer tau!

tahun nie amat berbeza dr tahun2 lepas dan 4 tahun lepas
kerana hari nie Adyva di temani oleh MENTADAK MENTADU!
waaaaaaaaaaaaaaaaa.....
lihat lah gambar di atas!
mmg cantikkkkkkkkkkkkkkk jer MENTADAK MENTADU nie dok di sisi kiri atas lappy Adyva kan!
menemani kaedahnya!
heheheh~
ok jom kita MENTELAAH tentang MENTADAK MENTADU NIE~

p/s:INFO nie di copy paste saja~


Mentadak mentadu atau praying mantis adalah serangga yang sangat unik. Ia adalah sejenis serangga yang mempunyai 2200 macam spesis yang berbeza. Ia dapat menyembunyikan diri dalam persekitaran dengan mudah kerana warnanya yang seakan-akan daun dan ranting. Post kali ini kami nak kongsikan beberapa spesis mentadak mentadu yang sangat cantik, unik dan menakjubkan, bukan sekadar gambar malahan beberapa info yang mungkin berguna untuk anda.

mantis picture Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

booo! hahaha takut tak?

Orchid Mantis (Hymenopus coronatus)

mantis Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Ini namanya Orchid Mantis

praying mantis Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

ada nampak macam bunga orkid kan?

Mentadak mentadu yang cantik seperti bunga orkid ini boleh didapati di hutan hujan yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan Malaysia. Kononnya ia sejenis haiwan karnivor yang memakan kupu-kupu, rama-rama, lebah dan cicak. Tapi ada sumber mengatakan pernah ternampak serangga ini memakan cebisan kecil buah pisang. Ini mungkin untuk mengimbangkan vitamin dan diet mentadak ini.

Spiny Flower Mantis (Pseudocreobotra wahlbergii)

mentadak bunga Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Spiny Flower Mantis

gambar praying mantis Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

menakutkan pulak rupa spiny flower mantis ni haha

Mentadak spesis ini berasal dari Kenya, bahagian bawah abdomen mentadak ini mempunyai bentuk seakan duri pokok (spine) dan sebab itu ia diberi nama spiny mantis. Mentadak jenis ini mempunyai corak yang kelihatan seperti mata di bahagian sayapnya yang juga sangat berguna ketika penyamaran. Jangan terpedaya dengan kecantikan dan kecomelan mentadak ini kerana ia boleh menjadi pemangsa yang sangat ganas.

Giant Devil’s Flower Mantis (Idolomantis diabolica)

mentadak comel Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Juga digelar King of All Mantis (Raja Segala Mentadak Mentadu)

serangga mentadak Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Ia sejenis karnivor makan serangga lain

Mentadak ini juga diberi gelaran “Raja Segala Mentadak” mungkin kerana faktor saiz dan daya tarikkannya. Mentadak gergasi yang bersaiz lebih kurang 6 cm ini adalah yang terbesar sekali di kalangan mentadak dan berasal dari Tanzania. Ia juga merupakan mentadak yang mempunyai rupa yang sangat ganas dan pakar dalam teknik penyamaran.

Devil’s Flower Mantis (Blepharopsis mendica)

mentadu Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Devil’s flower mantis

mentadak mentadu comel Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

macam seksi pulak tengok mentadak ni haha

Mentadak jenis ini dijumpai di Afrika Utara dan Canary Island. Ia juga dikenali sebagai Egyptian Flower Mantis dan Mentadak Arab. Sama seperti saudara gergasinya, ia juga mempunyai sesungut yang kelihatan seperti tanduk. Ia juga merupakan serangga karnivor sama seperti menatdak mentadu yang lain. Kakinya yang berduri memudahkan lagi untuk mencangkam mangsa. Kepalanya boleh berpusing 300 darjah, sangat membantu dalam proses mengenalpasti dan mencari mangsa.

Nigerian Flower Mantis (Chloroharpax modesta)

mentadak mentadu nigeria Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Nigerian flower mantis

gambar mentadak Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

comel je mentadak ni

Mentadak spesis ini berasal dari Afrika Barat. Ia kelihatan kecil sebab ini adalah baby mentadak dan ia bersaiz lebih kurang 4-5mm saja. Walaupun ia kelihatan sangat comel tapi ia mempunyai tabiat yang agak pelik dan ganas. Ia akan makan saudaranya sendiri dalam proses pembesaran melainkan terdapat banyak bekalan makanan.

Indian flower mantis (Creobroter pictipennis)

Indian flower praying mantis Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Indian flower praying mantis

praying mantis 2 Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

ini pon sama dengan mentadak kat atas tu

Seperti namanya mentadak spesis ini berasal dari India, ia mempunyai warna yang sangat terang dan corak yang menarik di sayapnya. Badan mentadak mentadu India jantan panjang dan sayapnya melebihi badan manakala yang betina lebih lebar dan sayapnya tidak begitu besar. Ia mempunyai corak mata yang garang di bahagian sayap belakangnya yang digunakan untuk menakutkan pemangsa. Mentadak ini juga terkenal dengan keganasannya memburu mangsa.

Jeweled flower mantis (Creobroter gemmatus)

cengkadak Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Jeweled flower mantis

mentadak mentadu Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

manja je pose mentadak sekor ni haha

Mentadak ini sama seperti Indian Flower Mantis di atas tapi bezanya pada corak di bahagian sayapnya. Mentadak ini berasal dari Asia dan mempunyai badan yang berwarna hijau dan putih. Mentadak ini bersaiz 4cm panjang dan mentadak betina mempunyai saiz badan yang lebih besar. Warnanya yang agak dull memudahkan serangga ini untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran untuk tujuan penyamaran.

Comel dan cantikkan mentadak mentadu ini semua setiap satunya mempunyai corak dan bentuk yang pelbagai dan unik. Sepanjang hidup kami pernah nampak mentadak yang berwarna hijau sahaja, tak pernah pulak tahu ada banyak jenis dan warna.

cisdel mentadak Mentadak Mentadu yang Sangat Cantik dan Menakjubkansumber: environmentalgrafiti

Ulasan

  1. wahhhh cantik aje dia landing kat atas tu ye hehehe....

    BalasPadam
  2. memang cantik wak! hahahah~ nie pon tengah landing lagi!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular