FRAGMEN ~ Adyva Sudah Memilikinya!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menjadi AKU pastinya selalu mahu menjadi yang TERBAIK BAGIMU kerana KAU SANGAT BERERTI. Jauh dalamSANUBARI adakala tak dapat diselam dan dipandang namun WARNA DUNIA selalu memberikanku semangat untuk terus berjalan. Cinta yang ada buat kalian tidak pernah hilang dan pasti dimaknakan dalam MULA DAN AKHIR setiap doa-doaku.

JAGA DIA UNTUKKU, terlalu banyak semangat yang sudah kalian hembuskan dalam nafas kehidupanku selama ini. Kita menyemai rindu, kasih dan sayang serta MEMBUNUH BENCI untuk menjadikan segalanya LEBIH INDAH.
 Terimalah FRAGMEN yang mewakili bahagian dalam sesuatu cerita atau peristiwa hidup kita. Kita mungkin tidak mengetahui hal yang serupa dan mendepani segalanya dengan cara yang berbeza tetapi kita masih saja sama berjiwa manusia.

Alhamdulillah, Fragmen mengisi tentang kasih, nilai dan semangat. Biarlah jiwa kita terus hidup dan subur dengan semangat yang diberikan dan kekuatan yang dianugerahkan.
Saya sangat bersyukur dengan kelahiran Fragmen dan berharap semoga album terbaru saya ini menjadi teman anda. Saya mungkin tidak pernah menemui anda tetapi lagu-lagu saya sampai kepada anda. Itulah yang selalu mendekatkan saya dengan anda semua sebagai peminat saya (Sitizoners) dan juga para pencinta muzik.

Saya ingin mengambil kesenpatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Universal Music Malaysia kerana sudi menerbitkan album ini bersama-sama Siti Nurhaliza Productions. Kepercayaan yang diberikan ini amat saya hargai dan berharap agar kerjasama yang baik ini membuka jalan yang lebih luas buiat saya.

Terima kasih kepada seluruh pihak yang berkerja keras dihadapan atau dibelakang tabir untuk penerbitan album ini, terutamanya penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, Aubrey Suwito selaku penerbit/penasihat untk album ini, tenaga produksi album di Malaysia dan di Indonesia. Terima kasih juga kepada pihak Universal Music Malaysia dan SNP sendiri, keluarga saya, serta semua yang mungkin tidak dapat saya nyatakan satu persatu disini. Setiap usaha dan kerjasama anda terhadap Fragmen, saya menghargainya.

Buat peminat-peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana saja album ini boleh didapati, saya mengucapkan terima kasih di atas sokonngan anda selama ini. Terimalah Fragmen sebagai perantara silratulrahim antara kita semua.

Salam Sayang
Dato' Siti Nurhaliza

Lebih Indah
Jaga Dia Untukku
Terbaik Bagimu
Warna Dunia
Aku
Sanubari
Kau Sangat Bererti
Mula Dan Akhir
Membunuh Benci
 Alhamdulilah~ pada Jumaat 4 Julai , Adyva telah pon mendapatkan CD Album terbaru Dato' Siti Nurhaliza!!
TQ KZ KLD kerana membelikan album CTDK di KL dan membawa pulang ke JB!!
Tq so much!!
anda sangat memahami saya!!
TQ Again!

so malam tu jugak Adyva dok pasang lagu DCT nie sampai 3 4 kali pusing!!!
dr Senai Air port sampai ke Johor Jaya send kz balik umah dan patah balik ke Tampoi!!
memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkk Dato' CT!!!

The next day (5 Julai) adyva MOD dari 10 pagi sampai 10 malam...
so Adyva dok pasang album FRAGMEN ni dari pagi sampai malam!!!
fuhhh sumpah segar je........xngantok pon!
hahaha....

Sekian

Ulasan

Catatan Popular