~ JUMAAT ~ 13 Ramadan 1435H~




UNTUKMU SAHABAT

Sahabat,
Aku sayang kau,
kerana itu aku bicarakan
Rasa resah dalam jiwa ini,
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Inginku luahkan, inginku laungkan sekuat hati,

Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.
Ya aku tahu,
Kebahagiaan fatamogana yang tak pasti yang kau dambakan

Ya aku mengerti,
Puji insan yang tak kau cintai dan tak kau kenali jadi garis pandu hidupmu Tidakkah tergetar
Tidakkah tercelar

Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih tuhanmu
yang rindukan taubatmu
Rindu pada basah bibirmu
Mengesakan Yang Esa
Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka,
marilah kembali
Sudah jauh tersasar santun lidahmu, marilah kembali
Tiada dayaku melainkan kata,

Walau kadang kau punca mataku berkaca
Cinta pada sahabat melangkaui segala
Dalam resahku memerhati
Pada satu nafas yang dihembus sia-sia

Aku ingin bersamamu di Firdausi Tasnim di lidah dan kesyukuran tak berhenti Sahabat,
Lepaskan syaitan di hatimu
Biarkan fana jahiliyah yang menggoda, menangisi dan merindukanmu
Kerana kau sahabat dicipta untuk lebih daripada itu.

Best kan bait-bait sajak Diana Amir. Sangat puitis & penuh makna. 

Ulasan

Catatan Popular