Jumaat, 18 Julai 2014

::Puisi Buat MH 17 , PERGI LAGI PESAWAT KAMI ~ Boeing 777 ~ Malaysia Airlines::


MH17 :: PERGI LAGI PESAWAT KAMI
Sayap itu,
Gagah membelah awan,
Apakan daya,
Dibedil dari darat,
Berkecai jadi debu,
Bersepai tinggal sisa,
Dugaan tanpa henti,
Gusar kami jadi haru,
Dalam tangis sendu berlagu.

Apalah dosamu, apalah nasibmu,
Dugaan datang dan pergi,
Belum reda ditimpa lagi,
Kini jadi debu,
Dulu jadi sepi,
Dalam longlai tetap berdoa.

Patah sayapku patah,
Tak mampu terbang lagi,
Kini tinggal jasad berdebu,
Buat ratapan kami,
Hanya padaMU,
Doa dipanjatkan,
Buat kalian semoga tabah,
Pergi lagi pesawat kami.

Tiada daya,
Tiada amaran,
Hanya padaMu,
Barakah penuh hikmah,
Semoga abadi,
Damailah kau disana....

::Mohd Adi Idris::
*20 Ramadan1435*
7.42am, JB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan