PUISI DUNIA


PUISI PUJANGGA : DUNIA 
Disediakan Oleh: Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar
Dunia oh dunia.
Dunia adalah padang luas.
Dimana Saidina Adam dan Saidatina Hawa diturunkan.
Ada di dalamnya pelbagai cerita.
Ada di dalamnya pelbagai angkara. 
Dunia tempat insan mengembang zuriat.
Disinilah anda mengejar segala kehidupan.
Awaslah dengan kehidupan ini.
Jika anda lalai memahami erti hidup.
Anda akan ditelan malapetaka. 
Belajarlah mengenal diri.
Belajarlah mengenal Ilahi.
Belajarlah menjadi insan terpuji.

Jika tidak…
Anda akan rugi selamanya. 
Dunia ini penuh ranjau dan dugaan.
Dunia ini penuh tipu daya dan syaitan.
Jangan anda lalai tanpa tujuan.
Kerana dunia yang indah ini…
Adalah persinggahan sementara untuk insan.
Dunia yang indah ini adalah ujian. 
Mereka yang beramal soleh,
Akan beroleh kebaikan.
Mereka yang taat akan suruhan Allah SWT,
Akan beroleh kebajikan…
Dan kemenangan. 

Jangan anda lalai dengan warna-warni dunia.
Jangan anda leka dengan keasyikan dunia.
Kerana dunia akan berakhir juga.
Dunia akan musnah jua.
Dan insan yang setia.

Kepada Allah SWT dan  RasulNya…
Akan mendapat balasan Syurga,
Di alam yang lebih abadi iaitulah di akhirat kelak. 
Tidak perlu anda bawa kemewahan,
Jika anda menemui kematian,
Pastikan Husnul Khatimah menjadi milik kita,
Hanya amalan yang soleh,
Amal jariah dan anak-anak soleh,
Yang mendoakan ibubapanya,
Untuk ketenteraman di akhirat jua. 

Wahai manusia!
Jadilah insan yang soleh,
Jadilah Muslim yang taat,
Jadilah orang yang berguna,
Jadilah warga yang setia,
Dan jadilah penganut Islam mulia,
Yang mendapat keuntungan di dunia,
Mahupun  di akhirat…
Ingatlah dunia ini hanya sementara,
Berbaktilah sebelum terlena.     

Ulasan

Catatan Popular