Savanna Hill Resort - PROMO 1




Hari biasa anda di asak bunyi kenderaan, mesin cetak, telefon, tv, radio serta di himpit kekangan waktu kerja, aktiviti harian serta di bebani kerja yang tiada berpenghujung. Minda rungsing jiwa celaru membentak carian damai. Bingkas lari ke hutan mencari damai minda dan jiwa.


Savanna Hill Resort terbina di atas keluasan 30 ekar berada di pinggir bandaraya Johor Bahru dan terletak kurang 10km dari pusat bandar Ulu Tiram sesuai untuk mereka yang ingin lari jauh dari kesibukkan kota serta menikmati kesegaran alam semulajadi yang nyaman. Kurang 30 minit pemanduan dr Johor Bahru anda akan menikmati pemandangan Kampung Sungai Tiram & Kampung Sungai Redan sebelum sampai ke Savanna Hill Resort.


 Dutch Bungalow

 Swiss & English Bungalow

Siang anda di janjikan alunan kicauan burung, gemersik alunan daunan pohon dan terjahan cahaya mentari dari celahan pokok. Malam anda ditemani nyanyian cengkerik serta dibaluti kedinginan malam. Savanna Hill Resort menawarkan satu suasana yang pastinya meninggalkan seribu pengalaman yang cukup indah yang tidak terdapat di tempat lain selain memberikan suasana seperti di dalam hutan cukup dirasakan sekali gus mewujudkan satu suasana yang harmoni.

Terletak di dalam kawasan Ulu Tiram, Savanna Hill Resort menjanjikan kelainan bila anda mengadakan sebarang keramaian mahupun program. 




 Surau 2 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 400 orang dalam satu masa!
 VIEW Keseluruhan Resort

 Dormitory & Dining Hall

Private Pool Bungalow

Lokasi kami bertambah meriah pada musim buah-buahan di mana pengunjung berpeluang menikmati buah-buahan seperti rambutan, durian, cempedak, pulasan , pisang serta ubi kayu dan dapat menikmati secara percuma.
Ironinya, lokasi kami bukan untuk merasai pengalaman Makan D’Hutan semata-mata bahkan turut menawarkan pakej aktiviti luar yang menarik seperti jungle trekking, flying fox, low obstacle course, 20 aktiviti telematch & pelbagai acara teambuilding khas untuk keluarga atau syarikat anda. Semua jenis aktiviti luar ini kami sediakan termasuk dengan jurulatih.
Untuk malumat lanjut boleh terus menghubungi pegawai pemasaran kami di talian :
013 - 7382737 (Adi)

SAVANNA HILL RESORT
No 1516, Jalan Nasiman, Sungai Tiram,
81800 Ulu Tiram, Johor Darul Ta’zim
Website : www.savannahill.com.my
Email : shsavannahill@gmail.com
Facebook & Instagram : Savanna Hill Resort / Savanna Hill Ory


Ulasan

Catatan Popular