Langkau ke kandungan utama

1st time jogging @ SIREH PARK ISKANDAR PUTERI =)

Assalamualaikum semua.....
Semalam petang balik keja je terus semangat berkobar2 nak pergi excercise!
hahahahahaha...jangan la gelak!!!

xbaik tau!
nah...muka kecungapan bila ko mendaki bukit Sireh Park ni ha...
muka terpasa hide ya!
sebab mmg x semenggah tapi nak juga selfie!
hahaha


ceritanya bermula..............Azam 2019 la gittu...
Semangat baru 2019 dh muncul..... 
Sebulan setengah selepas tahun 2019 baru Adyva dpt merealisasikan Impian utk berjogging ni haaaa...... Kuat kan semangat Gittewwwwwwwwwww .. 

So semalam, ..... 20hb Feb 2019 Adyva telah pon melaksanakan cita2 utk menjadi lebih Sihat!!!! 
So Adyva telah memilih SIREH PARK ISKANDAR PUTERI sebagai Lokasi exercise setiap petang setiap hari bermula 20hb Feb 2019...

Semoga ianya terus istiqamah dan Misi utk kurus 2019...
Hahahaha....

Jom tgk Gambar2 sekitar Sireh Park yg menjadi pilihan Adyva! 







Semuanya bermula bila BATA buat sales 50% Kasut dan hanya tinggal rm38hengget shj u ols..... Cepat2 grab dan terus jogging.... Gittewwwwwwwwwww ... 

Lawo x kaler biru!!! 



ok dah tengok gambar2 yg sempat Adyva rakam sepanjang xtvt smlm...
marilah kita baca sedikit INFO dr CIK GOOGLE yg adyva sempat cari!

Selamat Membaca!

Sireh Park, sebuah taman warisan semula jadi yang terletak dalam bandar menjadi tarikan terbaharu warga kota yang ingin mencari ketenangan.
Ini kerana lokasinya di Nusa Idaman, terletak tidak jauh dari pusat pentadbiran negeri di Kota Iskandar, di sini selain pusat Bandaraya Johor Bahru.
Taman awam berasaskan botani dan berkeluasan 137 hektar itu yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dan UEM Sunrise Berhad menerusi Yayasan Taman Warisan Semulajadi Nusajaya itu mula dibuka kepada orang ramai sejak November tahun lalu.
Menurut Pengurusnya, Nor­ha­liza Ahmad berkata, di bawah Pelan Induk Iskandar Puteri, 260 hektar tanah telah diwartakan sebagai kawasan hijau yang diklasifikasikan sebagai Taman Wilayah atau Regional Open Space (ROS).
Daripada keluasan tersebut, sebanyak 137 hektar telah ditetapkan bagi pembangunan Taman Wilayah yang kini dikenali sebagai Sireh Park pada Ja­nuari 2014.
Nama sireh dipilih kerana keunikan tumbuhan tersebut juga membawa singkatan bagi sustainable, initiatives, recreational dan educational haven.
“Misi kami untuk memba­ngunkan sebuah taman awam yang bukan sahaja menyediakan kawasan rekreasi, malah pendi­dikan dan peluang penyelidikan saintifik untuk semua.
“Visi kami pula adalah untuk menjadikan Sireh Park sebagai taman warisan semula jadi bertaraf dunia dan mapan untuk generasi masa kini dan akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Norhaliza berkata, meskipun masih 'baharu', namun Sireh Park bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai terutamanya padahujung minggu, malah turut menjadi ‘lokasi’ penganjuran pelbagai program dan aktiviti luar.
Antaranya, Hari Landskap Johor 2017, acara larian seperti Monsoon Trial Run (Disember 2017), Sireh Park 21K 2018 dan Edu Run 2018 pada Mei lalu.
“Selain penganjuran aktiviti luar, pengunjung biasanya datang ke Sireh Park untuk berjoging, mendaki bukit, berbasikal dan menunggang all terrain vehicle (ATV).
“Kami merancang untuk membina beberapa kemudahan lain seperti flying fox dan paragliding bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini,” katanya sambil memberitahu pihaknya akan membina taman orkid, herba serta dusun buah-buahan di kawasan berkenaan selain me­nganjurkan karnival serta pesta jualan di situ.

SIREH Park is a sustainable, world-class “natural heritage park” that conserves, documents and promotes the naturally existing plant biodiversity in the area.

343 acres of hilly area in Iskandar Puteri was developed to enhance the lifestyle and well-being of the surrounding communities and of generations to come. Besides being a place of enjoyment, it was designed to promote understanding and appreciation of the natural environment.

SIREH Park was developed and seed-funded by UEM Sunrise and is managed under the Nusajaya Natural Heritage Trust. Its name is derived from the Malay name for the betel leaf, which is offered to guests as a token of welcome; in a similar vein, SIREH Park embraces the principles of respect and harmony. 

The park is differentiated into four zones:

•Tropical Floral Park – featuring colourful garden landscape, open-ground event spaces and learning facilities;

•Lake Park – a recreational and relaxation space centred around an existing lake; provides venues for camping, cycling and water-related activities;

•Forest Park – designed for outdoor recreational and educational activities, featuring an arboretum;

•Legacy Forest – a highly biodiversified forest area for scientific and conservation purposes.

Sireh Park is the ideal venue for location shoots and has hosted mega-events such as the prestigious Spartan Race which saw over 6,000 participants.

Ulasan

Catatan Popular