Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce Adyva Style=)


Elokkkkkkkkk kejadian bread butter pudding sy ni..... Guna Anna Olson gaisss.....la yg famous kat Asian Food Channel tu....

Jom kita tgk Cara pembuatannya gais....

Bahan A:
*2 cawan susu segar
*200ml whipping cream
*2 sudu gula
*1 penutup esen vanila
*3 biji telur
12 keping roti wholemeal
Kismis@apa2 hiasan
*2 sudu butter / Majerin 
*1 sudu cinnamon powder
*1 sudu tepung custard

Caranya :
- campur semua bahan bertanda (*) 
- potong roti ikot suka hati
- rendam roti dgn adunan yg dah bersatu td selama 5 ke 10min sehingga kembang
- tabur Kismis
- campur sedikit cinnamon powder dengan gula dan taburkan atas perapan roti td sebelum dibakar
- panaskan oven 20min sebelom dibakar
- bakar dlm oven dgn suhu 160°c selama 30-40minit (Api atas bawah)
- selepas tamat, jgn terus keluarkan tau, adjust Api atas sahaja, masak lg 10minit. Bg garing
- bila dh siap, jgn keluarkan terus, biarkan kejap 5-10min dlm oven. Then baru keluarkan ya.

Bahan2 Vanilla Sauce :-
*1 tin Susu Cair
*1 cawan air
*Sedikit asen vanila
*2 sudu besar tepung custard

Caranya :-
1. Satukan semua bahan dan kacau rata atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dalam chiller sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Gambar bahan yg data gunakan gaisss... ✌️
Ngam 1 adunan...esok nak bawak g office makan ramai2...
Alhamdulilah, siap & sedap... 🥰

Ulasan

Catatan Popular