Cara Pendaftaran FoodPanda =)



Berikut ialah langkah-langkah dan cara daftar FoodPanda Merchant.

  1. Layari laman web rasmi FoodPanda di sini: https://www.foodpanda.my/
  2. Kemudian, scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian yang tertulis List your restaurant on foodpanda.
  3. Tekan butang GET STARTED untuk bahagian tersebut.
  4. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah. Akan ada beberapa ruangan untuk anda isikan.
  5. Pada ruangan Restaurant Name/Nama Restoran, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung/outlet fast food
  6. Pada City/Bandar, pilih bandar tempat perniagaan anda dijalankan.
  7. Untuk teruskan daftar FoodPanda Merchant, pada Restaurant Address/Alamat Restoran, masukkan alamat penuh restoran/gerai/kedai makan/outlet fast food
  8. Pada ruangan Vertical, memandangkan anda merupakan pemilik perniagaan berasaskan penjualan makanan dan minuman, pilih Restaurant.
  9. Pada ruangan Vertical Segment Restaurant, pilih sama ada Regular Restaurant sekiranya perniagaan anda mempunyai tapak lokasi yang tersendiri, atau Home Based Kitchen sekiranya anda menjalankan perniagaan dari rumah.
  10. Pada ruangan Cuisine/Jenis Masakan, pilih jenis masakan utama yang disediakan di restoran anda.
  11. Pada First Name/Nama Pertama, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  12. Pada Last Name/Nama Keluarga, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Rozali Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Rozali pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Fitri Bin Saidin, gunakan nama Fitri untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  13. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  14. Pada Email, masukkan emel untuk perniagaan anda.
  15. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
  16. Pada bahagian Menu Upload, anda perlu upload gambar/salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini. (Hanya file dalam format pdfexcelword dan jpg sahaja yang boleh dihantar)
  17. Anda juga perlu menekan link here di bawah untuk mengikut panduan spesifikasi menu yang diterima untuk menggunakan servis Foodpanda.
  18. Anda juga boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan Fooodpanda dan isikan untuk rujukan anda.
  19. Kemudian, tekan butang Submit Form.
  20. Pendaftaran anda berjaya.

 

Selepas daftar FoodPanda Merchant, apa perlu buat?

Secara ringkasnya, berikut ialah langkah pengaktifan untuk menjadi FoodPanda Partner:

  1. Daftar online
  2. Tunggu kelulusan
  3. FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandatangai
  4. Partner mesti tandatangan kontrak
  5. Partner perlu hantar menu pada FoodPanda
  6. FoodPanda akan terima dan semak gambar serta menu dari partner
  7. Partner akan terima peranti FoodPanda
  8. Partner akan terima latihan melalui panggilan telefon
  9. Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda punya aplikasi

Setelah anda melakukan pendaftaran, perniagaan anda akan ditentukan sama ada lulus atau tidak. Sekiranya lulus, pihak Foodpanda akan menghantar kontrak kepada anda untuk ditandatangani.

Anda juga akan menerima preview untuk menu anda. Selain itu, anda akan menerima peranti untuk foodpanda dan akan menjalankan latihan.

Sekiranya semua tiada masalah, perniagaan anda akan tersiar secara online pada laman Foodpanda dan proses pendaftaran perniagaan anda dengan Foodpanda berjaya.

Diharapkan agar dengan perkongsian cara daftar FoodPanda Merchant ini, anda mampu menjana pendapatan tambahan dengan menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan makanan yang disediakan di kedai anda.

Daftar sekarang sebagai Food Panda Merchant dan jadilah salah seorang partner untuk perkhidmatan FoodPanda.

Semoga bermanfaat.

Ulasan

Catatan Popular