Cara Pendaftaran GrabFood =)



Berikut ialah cara pendaftaran GrabFood untuk kedai makan dan restoran.

  1. Layari laman web https://www.grab.com/my/ untuk ke laman web rasmi Grab.
  2. Kemudian, pada bahagian atas skrin anda, tekan pada Be Our Partner.
  3. Drop-down menu akan tertera. Tekan Food Merchant.
  4. Pada laman seterusnya, tertera beberapa ruangan untuk anda isikan.
  5. Pada ruangan Restaurant Name, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
  6. Pada First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  7. Pada Last Name, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Amin Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Amin pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Azman Bin Rahim, gunakan nama Azman untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  8. Pada ruangan untuk Restaurant Address, masukkan alamat penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
  9. Pada ruangan City, masukkan nama bandar tempat anda menjalankan perniagaan anda.
  10. Pada ruangan Postal Code, masukkan juga poskod untuk tempat anda menjalankan perniagaan anda.
  11. Pada State, pilih negeri yang tertera untuk tempat anda beroperasi.
  12. Pada ruangan Facebook Page/Company Website, masukkan sekiranya ada, laman Facebook rasmi atau laman web rasmi untuk perniagaan anda.
  13. Pada Business Type, pilih jenis perniagaan anda untuk daftar GrabFood Merchant
  14. Pilihan adalah sama ada Sole Proprietorship untuk perniagaan milikan tunggal, Partnership untuk perniagaan perkongsian, atau Company sekiranya perniagaan anda adalah sebuah syarikat.
  15. Pada ruangan Company Name (SSM), masukkan nama perniagaan anda mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  16. Pada ruangan Company Registration Number (SSM), masukkan nombor pendaftaran perniagaan anda, juga mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  17. Pada ruangan Number of Outlets, masukkan jumlah cawangan perniagaan anda yang masih aktif.
  18. Pada ruangan Do you have in-house delivery services?, pilih sama ada YES atau NO, untuk mengesahkan sama ada perniagaan anda mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan tersendiri dan tidak menggunakan pihak ketiga untuk melakukan penghantaran.
  19. Tick pada kotak reCAPTCHA di bawah.
  20. Kemudian, tekan butang SUBMIT.
  21. Pendaftaran anda berjaya.

Selepas daftar GrabFood Merchant, apa perlu buat?

Setelah anda melakukan pendaftaran, pihak Grab akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya untuk menyempurnakan pendaftaran anda.

Antaranya, anda akan diminta untuk menghantar menu anda yang terbaru dan lengkap, serta tandatangan kontrak dengan Grab.

Pihak Grab akan menyebarkan maklumat tentang perniagaan anda di laman mereka.

Anda juga akan menerima tablet dari Grab untuk urusan perniagaan.

Jika masih lagi belum terima apa-apa panggilan dari Grab, anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui status permohonan 

Diharapkan agar dengan perkongsian cara daftar GrabFood Merchant ini, anda mampu menjana pendapatan tambahan dengan menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan makanan yang disediakan di kedai anda.

Daftar sekarang sebagai Grab  Food Merchant dan jadilah salah seorang partner untuk perkhidmatan GrabFood.


Ulasan

Catatan Popular