PEMULIH - intipati pengumuman PM


PM Muhyiddin Yassin Umum Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

- Setakat ini, sebanyak lebih RM200 bilion telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan. Belanjawan 2021 pula bernilai RM322.5 bilion dan masih berbaki RM100 bilion untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun ini. 

- Kerajaan telah laksana tujuh program bantuan dan pakej rangsangan sejak pandemik COVID-19  bernilai keseluruhan RM380 bilion. Lebih RM200 bilion disalurkan setakat ini, beri manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.

- Lebih RM200 bilion disalurkan setakat ini, beri manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan. Kerajaan umum Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion. 

- Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

- Isi rumah miskin tegar akan terima RM500 pada bulan Ogos, November & Disember tahun ini. Individu bujang miskin tegar akan terima RM200 (Ogos) & RM300 (November).

- Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos.

- Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

- RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan. Ia disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

- Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300.

- Sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing. 

- RM10 juta untuk Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli. 

- Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial.

- Program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil. Harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol. Bagi memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1 kilogram terjamin, Kerajaan sediakan peruntukan tambahan RM1 bilion. Melaluinya, rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kilogram pada harga bersubsidi RM2.50. 

- Diskaun Bil Elektrik 5 hingga 40 peratus diskaun mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900kWj sebulan. Diskaun berkuatkuasa bagi tempoh 3 bulan, bermula Julai 2021.

- Pemberian 1 gigabit data harian secara percuma dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, dengan nilai RM 500 juta yang  memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar.

- Kerajaan terus kekal harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini.

- Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp, laksana inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur.

- Bayaran tambahan kepada pengusaha PKS mikro yang layak sebanyak RM500 pada bulan September tahun ini dan RM500 (November).

- Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial.

- Di bawah Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja. 

- Pengeluaran KWSP menerusi program i-Citra dengan pengeluaran maksimum RM5,000 melalui kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. 

- Kerajaan peruntukkan RM18 juta untuk bank tempatan sediakan 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.

- Kerajaan setuju PenjanaKerjaya dilanjut dengan penambahbaikan dan dijenama sebagai PenjanaKerjaya 3.0. RM170 juta telah disalurkan melalui PenjanaKerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja 

- Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 kepada lebih 4,400 pengusaha taska dan lebih 8,000 pengusaha tadika swasta.

- Kerajaan setuju beri bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar 

- RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan.

- Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, boling, dan futsal.

- Bantuan 'one-off' RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau 'kick start' apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN.

- Kerajaan telah bangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS.

- KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

- KWSP Perkenal i-Citra: Ahli KWSP Malaysia boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli. Permohonan: http://icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama dijangka dikredit Ogos 2021. 

- RM20 juta bagi Program JITU, dijangka manfaat lebih 40,000 individu.

- Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan. Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU.

- Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran PTPTN, Moratorium bersasar 3 bulan. Tangguh bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan & bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga 6 bulan. 

- Pinjaman Pelajaran Mara ditangguhkan bagi tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan

- Kerajaan setuju tangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat; kecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini.

- Kerajaan setuju tangguh bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.

- Bank kerjasama beri moratorium 6 bulan kepada semua peminjam individu (B40, M40, T20). Tiada syarat pengurangan pendapatan, tiada semakan hilang pekerjaan, tiada dokumentasi diperlukan. Hanya perlu mohon dan kelulusan akan diberi automatik. Permohonan dibuka 7 Julai 2020.

- Dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan... ..dan tiada lagi dokumentasi  yang perlu dikemukakan  untuk permohonan. 

- Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.  Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.  Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan. 

- Elaun khas kepada barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK diselaras daripada RM200 kepada RM600 selama 6 bulan bermula Julai 2021.

- Subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji.

- Kerajaan kekal kadar pemberian vaksin secara purata melebihi 200 ribu sehari dalam tempoh tujuh hari lalu. Kerajaan akan menambah bekalan vaksin #COVID19 yang cukup untuk menampung  130% populasi rakyat. 

- Pertambahan vaksin antara lain sbg stok penimbal tambahan bertujuan memulakan proses vaksin kpd 6.4 juta remaja berumur 12-18 tahun. Bakal menduduki SPM tahun ini diutamakan

- RM400 juta diperuntukkan bagi tambah bekalan vaksin negara untuk percepat pelaksanaan

Ulasan

Catatan Popular