Happy 96th Birthday Tun Mahathir

Happy birthday Tun Dr. Mahathir yg ke 96.

Rakyat Malaysia terutmanya org Melayu perlu menghayati artikel ini yg sngt menyentuh hati. 
Terima ksh penulis artikel ini.

Dari mata ku,
Seorg rakyat biasa,
Melihat seorg tua,
Yg tlh habis zamannya,
Masa kegemilangannya tlh diam dan tidur,
Namun dikejut dari lenanya,
Melihat jatuh permata hatinya,
Negaranya
Malaysia....

Dari mata ku,
Aku melihat seorg tua,
Terjun ke dlm lumpur,
Mengotorkan dirinya,
Dihina dan dicaci setiap hari,
Walau sebenarnya dia mampu utk diam,
Menikmati hari2 tuanya,
Namun dia tetap bangkit,
Berjuang demi kekasihnya,
Negaranya
Malaysia...

Andai suatu hari,
Anak cucu ku bertanya,
Siapa kah wira terhebat d Malaysia,
Dgn bangga aku katakan,
Dia insan luar biasa,
Seorg tua d usia 96 tahun,
Yg berjuang d usia senjanya,
Demi negaranya
Malaysia....

Hari ini,
Satu nama yg akan kekal terpahat,
Dlm hati setiap rakyat Malaysia,
Kau tlh buktikan,
Negara ini bukan milik siapa,
Ia milik kita semua,
Maruah kami rakyat Malaysia,
Tak akan dijual beli.

Terima ksh
Dari seorg rakyat biasa,
Dgn penuh rasa hormat,
Buat seorg tua,
Permata Malaysia.
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Tun Dr. Mahathir.
Dulu..kini...dan selamanya...
Happy birthday Tun yg ke 96, semoga Allah sentiasa memelihara Tun, dipanjangkan usia dlm kandungan sihat wal afiat  utk terus menyumbang bakti kpd agama Islam dan rakyat Msia.

Coretan diambil dr Facebook Rahim Abdul

Latar Belakang Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Jawiمحضير بن محمد, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925) atau juga dikenali sebagai "Tun M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh sehingga beliau meletak jawatan pada 2020 dan juga sebagai Ahli Parlimen Langkawi di Kedah. Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Semasa pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bilamana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir yang beliau nyatakan kecaman dan pujian ialah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada Sistem Ekonomi Persendirian dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang kerjaya politiknya) terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari daripada tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau PinangMenara Berkembar PetronasLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[16] Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.

Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib Razak pada 2015. Anaknya Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga awal 2016. Pada 29 Februari 2016, Mahathir keluar dari UMNO memandangkan sokongan UMNO terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak. Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi. Mahathir menjadi pengerusi parti itu. Pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya. Sehingga peletakan jawatannya pada 2020, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.

Info lanjut boleh rujuk sini..... 

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

Ulasan

Catatan Popular