Resepi Nasi Goreng Daging Versi Adyva =)

Resepi Nasi Goreng Daging Versi Adyva
Apakata cuba resepi nasi goreng daging yang simple tapi power ni. Tips untuk dapatkan nasi goreng sedap, gunakan nasi yang dingin atau dimasak semalaman. Jadi berbiji sedap nasi gorengnya.

Kali ini kita nak beri resepi nasi goreng daging
Memang puas hati buat nasi goreng sendiri di rumah kan. Boleh makan sepuasnya dan berkongsi dengan ahli keluarga. Untuk resepi nasi goreng kali ini, antara tips yang boleh anda buat untuk dapatkan rasa nasi yang sedap adalah :

1-Gunakan nasi putih yang dimasak semalaman.Nasi goreng lebih sedap sebab nasi jadi berbiji. Kalau tiada,masukkan nasi putih ke dalam freezer peti ais 30-40 minit sebelum digoreng.
2-Pastikan daging yang anda guna telah direbus terlebih dahulu sebelum digoreng seketika untuk keluarkan aroma daging yang best dalam nasi goreng daging.
Antara benda best yang dimakan sekali dengan nasi goreng daging ini mestilah sambal belacan power. Ada juga yang suka makan nasi goreng dengan keropok dan juga ulam timun.Katanya lebih rangup.
Apa pun terpulang pada selera anda kan .

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Daging :
Kuantiti untuk 2 orang makan ya. Boleh tambahkan jika nak buat banyak.

  • 300 gram daging
  • 4-5 senduk nasi
  • 3 sudu makan minyak
  • 3 sudu makan ikan bilis *
  • 2 biji bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1/2 sudu makan kicap
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • Secubit garam
  • Sayur / cili / hirisan daun bawang

Cara Penyediaan Nasi Goreng Daging Mudah :

#1: Potong nipis daging dan didihkan air. Bila dah didih baru masukkan daging dan rebus sampai masak. Toskan

#2: Tumbuk bahan bertanda 3/4 lumat.Nak dapatkan nasi goreng yang sedap,jangan kisar perencahnya tapi tumbuk dengan lesung.
Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng biar garing sedikit dan angkat.Ketepikan

#3: Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau. Masak sekejap dengan api kecil barulah masukkan kicap cair,sos tiram,sos cili,.Perasakan. Terus masukkan nasi ya

#4: Perasakan garam,sayur dan potongan cili

#5: Masak hingga sayur layu dan boleh lah hidangkan nasi goreng daging anda dengan sambal belacan dan timun jika mahu serta ditaburkan dengan hirisan daun bawang.

Ulasan

Catatan Popular