Salam 13ribu Kes Baru Covid-19 15/7/2021


Holaaaaaaa u olssss......
Harini 15 Julai 2021.
Kes baru covid-19 seluruh Malaysia sebanyak 13,215 dengan kes keseluruhan mencecah 880,782 kes sejak pertama Kali dilaporkan pd tahun lalu.

Allahu...xtau nak kabo apa lagi, kes makin Hari makin menunggu, tak de langsung nampak utk surut. Dimanakah silapnya????

Adakah Salah kerajaan????
Adakah Salah rakyat yg alpa???
Adakah Salah menteri yg terlibat???
Adakah Salah industri yg dibenarkan beroperasi????
Adakah Salah virus yg merebak secara cepat???
Atau
Adakah Salah Kita yg mendengar kata dengan berkurung dirumah???? 

Anda lihat carta diatas, kes tertinggi dicatatkan Di Negeri Selangor dengan 6,120 kes. Paling tggi setakat Hari ni.

Bilakah semua ini Akan berakhir?

Total lockdown telah dibuat...tp nampaknya tiada lgsg perubahan. Tiada pengurangan angka. Hampir 6minggu lockdown. Hasilnya tetap Sama.

Makin ramai yg dijangkiti.
Makin ramai yang terkesan.
Makin ramai hilang pekerjaan.
Makin ramai hilang punca makanan.
Makin ramai depression.
Makin ramai burnout.
Makin ramai buntu memikirkan apa jalan terbaik untuk menceriakan kehidupan Harian.

Bantuan Demi bantuan, natijahnya Akan berbalik semula kepada Kami rakyat Malaysia.

Moratorium hanya sekadar pelepasan sementara, tp akhirnya Akan tetap juga kena bayar beserta Bunga2 cinta.

Kwsp dr i-lestari kepada i-sinar Dan sekarang i-citra, akhirnya akan membawa kesan Di Hari Tua. 

Tiada apa yg harus Kita lakukan. hanya redha, terus berdoa, Jaga kebersihan, Jaga jarak Dan usaha mencari sumber sumber yang boleh mendatangkan Wang Demi menyara kehidupan seharian.

Bertabahlah semua wahai rakyat Malaysia!!!

Saya tahu anda kuat!!!!

#kitajagakita 
#covid19

Ulasan

Catatan Popular