Selamat Tinggal Miss J 😭

Assalamualaikum semua....allahualkhbar, allahuakhbar.... sedihnya rasa hati arini, menerima perkhabaran yg tak di duga berlaku dengan begitu cepat.

Setalah hampir 3 minggu Di tidurkan di Wad ICU Hospital Sg Buluh, Hazeme Said atau mesra di sapa Miss J dikalangan rakan2 rapat beliau telah pergi buat selamanya menemui sang penciptaNYA. 

Semua sebab covid-19 gais.... tolonglah percaya, covid-19 is real. 

Terkilan rasa hati, bila xdpt bersua , hanya berhubung melalui panggilan Telefon Dan Video Call shj. 

Perkenalan Kami tercetus sekitar tahun 2009, masa tu sy bertugas di JA Residence Hotel JB sbgai reception - sales. Menguruskan group JKKN (Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Johor) dan beliau merupakan pegawai Kebudayaan di situ. Sepanjang perkenalan Kami, banyak memori tercipta. Tahun 2009 banyak menyimpan gambar kenangan, sbb masa tu miss J bertugas di JB dan bakal bertukar ke JKKN Kelantan. 


2011 - Kenangan bergambar bersama semasa menghadiri event Ratu Cantik Transgender di sebuah hotel Di KL. Beliau turun Dr Kelantan semata Mata utk memberi sokongan moral kepada rakan Kita yg masuk bertanding. 
2009 - Bergambar kenangan semasa menghadiri pertunjukkan fesyen di New York Hotel JB, dtg memberi sokongan moral kpd staff beliau yg membuat persembahan di Majlis berkenaan. 
Ingat lagi masa ni selalu bertiga, sekitar JB Kami merayap bersama, tdo dirumah beliau. Dtg Open House, merayap ke mall, makan2, karaoke. Semua banyak xtvt dlm 2009. 

Gambar dibawah, masa beliau meniti Hari Hari terakhir Di JB, sebelom berpindah ke Kelantan. 
Bergambar kenangan atas cruise Di Danga Bay JB. Kenangan Indah saat bersama Akan sentiasa di ingatan. 
Duduk semeja menyokong sahabat Kami menyertai pertandingan Ratu Di KL. 
Kerap berkunjung ke hotel saya bertugas, Di waktu Malam. 
Gambar terakhir beliau di Instagram semasa Di masukkan ke wad Hospital Sg Buluh Dan sebelom di pindahkan ke Wad ICU kerana masalah pernafasan. Beliau menghidap asma.

Positif covid-19 bukan satu permainan gais...!!!

Inilah VC terakhir semasa Hari Raya 2021 aritu. Sama Sama beraya di perantauan, sy Di Genting, beliau di KL. 2thn xdpt blk beraya ke Sarawak kerana covid-19. Pastinya rindu menebal di sanubari. Allahuakhbar, Allah lebih menyayanginya. 

Damailah kamu Di Sana Miss J. Semoga segala kebaikkan miss J dibalas disana nanti. Semoga Kita bertemu di negeri abadi nnt. Segala kenangan Kita bersama Akan terus tersemat Indah. 

Selamat tinggal sahabat, selamat pergi buat selamanya. Berehatlah.

Al-Fatihah....  

 Update terkini, Allahyarham Hazeme Said a.k.a Miss J Akan dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Sarawak, Dan Akan disemadikan disana.

Ya Allah, akhirnya awk dpt balik kampung Miss J ...balik buat selamanya. Sbb covid-19 Dan PKP awk X dpt balik kg beraya, jumpa mak Dan adik beradik yg lain. Besar sungguh hikmah awk dpt. Penantian yg sungguh Indah. Kita kat JB Akan terus berdoa agar segala urusan awk dipermudahkan.

Mudah2an Dapatlah ibu Ms J menatap wajahmu buat Kali terakhir....

TQ ps admin Twitter Jabatan Netizen Malaysia yg update ...Mohon sentiasa update lagi...



Alhamdulilah, Lepas magrib harini 15 Julai 2021, sy menadapat perkhabaran bahawasanya ms J telah selamat bersemadi. Alhamdulilah, dekat pusara mu dgn keluarga tercinta. Akhirnya, dpt pulang ke kampung halaman selepas 2 thn xdpt pulang. 

Insyaallah, Ada masa nnt Kita dtg ziarah.

P/S : baru lps sedekahkan Bacaan yassin buat Hazeme B Said 

Al-Fatihah


Ulasan

Catatan Popular