VAKSIN buat Diriku =)


Assalamualikum....alhamdulilah dah masuk bulan JULAI 2021.
Julai merupakan bulan yg memberikan seribu pengertian buat diriku, Vaksin merupakan salah 1 perkara yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia termasuk saya sendiri....

Esok, 2 Julai 2021 saya akan mendapatkan dose pertama vaksin di Persada Johor!

Sebelum tu, mari kita baca sedikit sebanyak info berkenaan vaksin ni.

JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES
BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)
Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada COVID-19. Sejak kemunculan COVID-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.

JKJAV juga memainkan peranan penting sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah program imunisasi terbesar yang dilaksanakan dalam sejarah negara kita. Oleh itu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan melaksanakan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Government and Whole-of-Society Approaches bersama-sama pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang disasarkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SOALAN LAZIM VAKSIN COVID-19

APA ITU COVID-19?

Penyakit COVID-19 disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin

muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Gejala yang mungkin dialami

adalah:

  •         demam atau menggigil;
  •         batuk;
  •         sesak nafas;
  •         keletihan;
  •         sakit otot atau badan;
  •         sakit kepala;
  •         kehilangan deria rasa baru atau bau;
  •         sakit tekak;
  •         kesesakan atau hidung berair;
  •         loya atau muntah; atau
  •         cirit-birit.

SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19?

Golongan berisiko adalah:

  •         Kanak-kanak
  •         Warga emas berusia 65 tahun ke atas
  •         Pesakit dengan penyakit kronik
  •         Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
  •         Wanita hamil

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin

ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan

seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak

menerima vaksinasi.

 

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?

        Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:

  •         Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
  •         Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
  •         Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
  •         Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino
  •         Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya


APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama

Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum

penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan

oleh Kerajaan.

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19?

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan

diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksina

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19?

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1.       Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15minit.

2.       Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19:

§  Kesukaran bernafas

§  Pembengkakan muka, bibir dan tekak

§  Denyutan jantung yang sangat cepat

§  Ruam teruk timbul di seluruh badan

§  Merasa pening dan lemah tubuh badan

3.     Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19.

4.     Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19?

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan

bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan

meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan

dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan

kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah

menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti

mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined

space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau

bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19

masih belum diketahui.

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 ?

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini

adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai

penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko

keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.



SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor

ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan

kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN

VAKSIN?

1.     Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran

2.     Anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:

  •         WHO: www.who.int
  •         CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html.
  •         FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-useauthorization


Ulasan

Catatan Popular