Malaysia Prihatin ~ Salam Merdeka ke-64

Tidak lengkap sambutan hari kebangsaan Malaysia tanpa mengucapkan pantun dan ucapan Hari Merdeka bagi meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-64 pada tahun ini. 

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh negara sebagai sambutan ulang tahun negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. 

Tahun 2021 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19 untuk tahun yang kedua. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia. 

Bagi meraikan sambutan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-64 dengan tema “Malaysia Prihatin“, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan hari merdeka yang kami catatkan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 


Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama

Pantun Salam Kemerdekaan 

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos  Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.
Sungguh indah negeri Melaka
Tempat lahir ramai pahlawan, 
64 tahun kita merdeka, 
Hidup aman tiada keperitan,
Nama diberi Ismail Sabri,
Perdana Menteri Malaysia ke sembilan,
MALAYSIA PRIHATIN tema rasmi, 
Untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira, 
Ayuh kibarkan jalur gemilang, 
Tanda cinta pada negara. 
Jalur Gemilang berkibar megah, 
Simbol perpaduan seluruh negara, 
Malaysia bebas dari dijajah, 
Semoga negara aman sentiasa. 
Sungguh indah Gunung Tahan, 
Khazanah indah kurniaan tuhan, 
Salam Kemerdekaan saya ucapkan, 
Malaysia maju bergerak ke hadapan. 
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama, 
Rakyat bersatu negara berjaya, 
Malaysia Prihatin aman sejahtera. 

Ihsan Dari THE INSAPIRASI

Ulasan

Catatan Popular