Zalina Azman Hilang!!!

Salah seorang personaliti legend TV3, Zalina Azman, 58 tahun dilaporkan hilang semenjak November 2021...
Agak pelik dah 8 Bulan baru nak dihebahkan....
Zalina Azman merupakan salah seorang Pembaca Berita terkenal TV3..selain Berita Bahasa Melayu, Zalina Azman juga terkenal sebab selalu diberi tugas baca Berita Bahasa Inggeris... Beliau juga terkenal sebagai Host untuk program Money Matters dan pernah jadi Host AJL pada 2000 & 2001...

Menurut anaknya, Mikhael Norman, 33..
"Pada 29 November 2021, beliau dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah. Beliau mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa," 

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat SJN Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622...

Mari kita sama2 kita panjatkan DOA..Semoga Allah swt melindungi Puan Zalina Azman walau dimana Puan berada...dan Semoga Puan Zalina Azman segera ditemui didalam keadaan yang selamat.... insha'Allah...Amin yra..

Ulasan

Catatan Popular