Mitos Zaman Kanak-Kanak


MITOS YANG SANGAT DIPERCAYAI OLEH 
KANAK-KANAK ZAMAN 80AN

1) Bila tengah rancak berborak dengan kawan, tiba-tiba semua diam serentak. Kami percaya bahawa ada malaikat lalu.

2) Bila buat kapal terbang kertas, untuk bagi dia terbang tinggi dan laju, kami percaya dengan gulungkan sayap kiri kanan pakai pensil dan tiup sebelum diterbangkan dapat membantu.

3) Bila tiup sharpener lepas asah pensel kami percaya sharpener tu jadi tumpul.

4) Bila asah pensel dari belakang kami percaya nanti mak meninggal.

5) Bila tunjuk pelangi dengan jari, kami percaya jari akan kudung.

6) Bila ada kawan salam dengan kita dan tiba-tiba dia cakap "aku nikahkan dikau dengan...." kami akan cepat-cepat tarik tangan sebab kami percaya bila ada kawan lain cakap "sah" kami dah sah berkahwin.

7) Bila ada pokok pisang, kami percaya mesti ada hantu

8)Bila bergayut dekat public phone, tekan # * serentak kami percaya akan dapat cakap free dan kadang-kadang perbualan kami kena crossline iaitu kami boleh dengar perbualan orang lain.

9) Bila ambik gambar kami di larang ambik bertiga kerana kami percaya orang yang tengah-tengah akan mati dulu.

10) Bila tengok Wrestling kami betul-betul percaya yang Undertaker tu mayat hidup dan Kane tu adik dia. Kami percaya jugak Kane pakai topeng sebab muka dia terbakar.

11) Bila kami nak tinggal barang sebut je "Alif Lam Lam Ha, sape curik dosa besar!"

12) Bila maghrib kami tak akan keluar rumah sebab kami percaya kami akan disorok oleh hantu kopek dan hantu purdah.

Ulasan

Catatan Popular