Muffin Pisang Almond

MUFFIN PISANG ALMOND 🍌

Bahan Basah (semua dicampur sebati)
3-4 biji pisang (saya guna 3biji pisang cavendish) - dilenyek
1/2 cawan gula kastor (nak manis sila tambah)
1/3 cawan mentega cair
1 biji telur - dikacau sedikit
1 sk esen vanilla
Sepeket almond kisar kasar 

Bahan Kering (semua digaul sebati)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 sk garam

👉🏼 Campurkan Bahan Basah dan Bahan Kering didalam satu bekas dan gaul rata. Bila dah rata berhenti gaul walaupun adunan berbintil. Adunan muffin x perlu smooth mcm nak buat kek. Sendukkan dlm acuan dan letak topping ikut suka. Bakar (dlm oven yg telah dipanaskan) pd suhu 180C selama 20min bergantung jenis oven. Selamat test drive resepi 💪🏼✌🏼

Kredit: Roziati Abdul Rahman (FB)

Ulasan

Catatan Popular