Kehebatan Pak Ngah & Karya terhadap Siti Nurhaliza

MAGNUM OPUS PAK NGAH : NIRMALA & KURIK KUNDI

Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain  ialah satu nama yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia. Karyanya yang mengangkat irama Malaysia ialah satu perkara yang perlu dicontohi karyawan-karyawan lain.

Aku rasa tak perlu tulis pencapaian atau kisah hidup dia apa semua. Itu boleh Google sendiri. Aku nak tulis benda lain. Nak fokus dekat muzik dia saja.

Sebelum 1990, kalau tengok lagu-lagu irama tradisional, bentuknya seperti mendatar. Kalau kita dengar lagu-lagu daripada barisan penyanyi yang bawa muzik genre ini iaitu Sharifah Aini, Ahmad Jais, SM Salim, To’Ki, M Nasir, atau ND Lala, ia kedengaran agak old-school.

Susah nak cater pendengar generasi baru sebab setiap lagu tu sangatlah stick dengan sifat lagu tersebut. Kalau bawak ghazal, betul-betul ghazal. Kalau keroncong, betul-betul keroncong. Demikian juga dengan dikir barat, zapin, inang, etc.

Bukan nak cakap benda yang dibuat tu tak bagus. Bagus dan memang patut dipuji. Sebabnya, bila komposer mengekalkan sifat lagu itu, pendengar senang nak distinguish setiap jenis lagu. Takdelah orang konfius nak bezakan ghazal dengan zapin atau keroncong dengan inang. 

Cuma cara tu susah nak tarik perhatian generasi baru iaitu anak-anak muda remaja. Anak-anak muda remaja terasa tak cool dengar muzik tradisional dan rasa muzik begitu hanya untuk orang tua. Bukan untuk mereka. Lebih baik dengar lagu rock dan rap. Nampak cool dan muda.

Semua itu berubah selepas hadirnya Pak Ngah dalam industri muzik Malaysia. 

*****

Beberapa hari lalu ketika aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk urusan peribadi, aku berhenti di R&R. Aku terdengar lagu Siti Nurhaliza di radio kedai. Aku masuk kereta, aku cari playlist Siti Nurhaliza dalam Apple Music. Aku dengar, dengar, dan terus dengar.

Aku dengar lagu ballad dia asalnya. Jerat Percintaan, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Kesilapanku Keegoanmu, Biarlah Rahsia, etc. Lepas tu keluar lagu irama tradisional. Cindai, Balqis, Badarsila, Kurik Kundi, Hati Kama, Ya Maulai, etc. Lepas tu aku repeat balik lagu-lagu yang tradisional tu. 

Aku dapati, perkara yang membezakan Siti dengan penyanyi tempatan lain ialah kebolehannya membawa lagu irama tradisional.

Kita ada ramai penyanyi perempuan bagus dengan vokal yang mantap. Fauziah Latif, Ramlah Ram, Ziana Zain, Sheila Majid, Liza Hanim, Noraniza Idris, and the list goes on. Tapi yang berkebolehan macam Siti ada dua orang sahaja iaitu Sudirman dan Sharifah Aini.

Selepas ketiadaan Sudirman dan Sharifah Aini bersara, kita tercari-cari pengganti. Tiba-tiba, lahirlah Siti Nurhaliza melalui pertandingan Bintang RTM. Tahun seterusnya masuk Anugerah Juara Lagu dengan lagu Jerat Percintaan. Part ni okey lagi. Tak special sangat bawa lagu ballad. Tak membezakan Siti dengan penyanyi sedia ada pun. 

Yang start boom ialah bila Siti membawakan lagu Cindai di Anugerah Juara Lagu 1998. Lagu tu dari album Cindai yang berkonsepkan irama tradisional. Album ni diterbitkan oleh Pak Ngah, S Atan, dan Rahim Jantan. S Atan tu komposer sama macam Pak Ngah juga yang banyak fokus irama tradisional. 

Masa dengar lagu-lagu dari album ni, aku rasa sedap. Walaupun banyak lagu cover dengan susunan baru, ia sedap. Ia sesuai dengan halwa telinga generasi baru. Secara tiba-tiba, irama tradisional menjadi satu benda yang cool.

Dalam tempoh tu, irama nasyid juga tengah naik melalui kumpulan Raihan. Irama nasyid ni pun irama tradisional juga. Orang sebut nasyid sebagai “world music”. Demikian juga dengan irama dangdut.

Generasi baru sama macam aku jadi tertarik nak dengar muzik macam ni. Irama catchy, lirik senang, sebutan jelas, dan boleh cater segenap lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama, meskipun Siti dipuja puji di sana sini, ia tak menenggelamkan pun artis irama tradisional sedia ada seperti Noraniza Idris.

******

Okey ni benda aku nak tulis sebenarnya. Tadi tu baru mukaddimah. Sepanjang mendengar lagu-lagu Siti Nurhaliza hari tu, aku paling banyak ulang dengar album Sanggar Mustika. Album ni yang ada lagu Nirmala, Kurik Kundi, dan Badarsila.

Album ni aku sifatkan sebagai magnum opus Pak Ngah. A masterpiece. Inilah kemuncak kerjaya Pak Ngah. Tiada yang lebih power dari album ni. Pak Ngah sendiri pun cakap dia tak rasa boleh buat lagu sebaik lagu Nirmala tu. Down jugak bila fikir lagu Keliru (Nurul & Ajai) kalahkan lagu tu. Dasar TV3 kroni. 

Kalau kau cuba dengar lagu-lagu yang dibuat Pak Ngah secara kronologi iaitu dari zaman Samrah Mentari, ke Cindai, ke Hati Kama, dan berakhir dengan Nirmala, mungkin kau akan faham maksud aku. 

Album tu ibarat semua benda yang Pak Ngah nak buat selama ni, semua benda yang Pak Ngah impikan dalam hidup dia, dimasukkan ke dalam lagu tu. Dicampur, diadun, dan digilap sepenuh-penuh hati.

Dia macam Pak Ngah kenal Siti sekitar tahun 1996, 1997 gitu. Lepas tu Pak Ngah buatkan lagu Cindai untuk Siti. Lepas tu Pak Ngah fikir potensi Siti boleh pergi jauh lagi. Lepas tu Pak Ngah buat lagu lain. Lepas tu rasa boleh lagi ni push Siti. Akhirnya, jadilah album Sanggar Mustika.

1. Nirmala

“Di ciptakan seorang innnnnnnnnnnsan
Lembut hati baaaaaak redup pandaaaaaangan
Pabila berkataaaaaaaaaaaaaaa
Seluruh alammmmmmmmmm menyaksikan kesyahhhhduannnnnnnn
Bagai tersentuh rasaaaaa percayaaaaaaa
Tika terdengarrrrrrrrrrrrrrrkannnnnnnnnnnnn
Aduhaiiiiiii.....”

Cuba kau dengar lagu Nirmala. Note tinggi ada, note rendah ada, tempo laju ada, tempo slow ada, intro ada, outro ada, chorus ada, bridge ada, backup singer nyanyi ramai-ramai ada, pause ada, dance part ada, rest part ada, semua ada. Apa yang kita cari dalam sebuah lagu tradisional yang sempurna, semua ada dalam lagu Nirmala.

Dari aspek instrument, aku tak tahulah berapa jenis alat muzik Pak Ngah masukkan. Semua ada. Seruling, accordion, rebana, gendang, chordophones, gong, gitar, gambus, biola, dan banyak lagi yang telinga aku gagal tangkap secara kasar. Level orchestra rasanya.

Benda macam tu biasanya hindustan yang buat. Pernah tengok Lata Mangeshkar nyanyi lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham versi live? Kalau belum, pergilah tengok kat Youtube. Kau mesti terkejut tengok berapa banyak alat muzik yang diguna untuk sebuah lagu tu saja.

Itu baru struktur lagu. Belum masuk bab lirik lagi. Lirik lagu Nirmala ditulis Che’ Kem. Tapi nantilah aku tulis maksud terperinci lirik lagu ni. Sebagai gambaran awal, Nirmala tu maksudnya “bersih, suci, dan tidak ternoda”. Ia mengisahkan peristiwa “Hadith al-Ifk” – Ų­ŲÆŁŠŲ« Ų§Ł„Ų„ŁŁƒ iaitu peristiwa Aishah RA iaitu isteri Rasulullah SAW difitnah. Tahu kan cerita tu? Kalau tahu, tapayala aku tulis lagi.

Sepanjang mengulang dengar lagu Nirmala, aku pejam mata dan terasa seolah-olah dibawa mengembara ke alam lain. Duk terbayang kegetiran dan susahnya hati Aishah RA. Hati perempuan kot. Benda paling halus di dunia. 

2. Kurik-Kundi

“Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan;
Nak berkisah kaya tutur bicara.”

Senarnya aku serba salah nak pilih lagu ni atau lagu Nirmala sebagai karya agung Pak Ngah. Lepas fikir-fikir, aku pilih lagu ni. Kira lagu ni nombor 1. Lagu Nirmala tu nombor 1.5. Cindai jatuh nombor 2. Ada banyak sebab.

First, sebab lagu ni menggabungkan semua elemen Nusantara. Sepanjang lagu boleh dengar bunyi angklung, caklempong (talempong di Indonesia), rebana silat, rebana dikir, gendang, kompang, serunai, seruling, rebab, sape’, etc. Semua instrument dari utara Kedah hinggalah ke selatan Riau boleh didengar dalam lagu ni.

Kedua, sifat lagu ni yang menaikkan semangat. Mana-mana orang Malaysia yang faham maksud lagu ni, pastinya akan berasa bangga. Lagunya menceritakan ketamadunan dan peradaban Melayu sejak turun-temurun yang mementingkan budi bahasa. Ia tentang harga diri. Ia tentang maruah. Ia tentang cara hidup orang Melayu.

Orang Melayu ini cara bercakap banyak berkias. Berkias itu untuk menjaga air muka dan maruah. Menolak dengan hemah, meminta dengan tertib, melawan dengan bijaksana, dan melarang dengan cermat. Ini sifat Melayu. Ini seni kehidupan yang jarang-jarang dah ada. Sedih pulak rasa. Semua nak jadi savage konon cakap direct tanpa peduli hati dan perasaan orang. 

Okey aku nak mencelah sekejap. Budi ada dua jenis. Budi bahasa dan budi pekerti. Budi bahasa ialah lisan kita. Budi pekerti pula perbuatan kita. Dua-dua ni datuk nenek kita sama-sama tekankan. Takdenya kabor “ek elehhh aku cakap kasar pun hati aku baik”. Itu tak betul. Kena ejas ya fikiran tu.

Ketiga, cara lagu ni dikembangkan. Siapa sangka sebuah lagu agung boleh terhasil daripada pantun ringkas berbunyi,

“Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga;
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.”

Diharap lepas ni ada lagu yang dikembangkan dari pantun mainstream lain seperti pantun Pulau Pandan Jauh ke Tengah atau Buah Cempedak di Luar Pagar. Kedua-duanya pantun moral dan amat sesuai dikembangkan dalam bentuk lagu. 

Keempat, sebab dalam lagu ni ada elemen yang mewakili negeri-negeri di Malaysia. Ada dialek Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah, dan Sarawak.

Apa lagu yang lebih “native” dari ini? Tak ada. Semua dah jadi penakut nak buat lagu macam ni yang fokus kepada satu etnik sahaja. Yang banyaknya nak buat lagu 3 bahasa (Melayu, Mandarin, Tamil). Padahal dalam Melayu tu sendiri masih banyak lagi boleh diteroka. Kelantan dengan Terengganu walau sebelah menyebelah pun banyak beza dari segi dialek. Kedah dengan Pulau Pinang tu walau dedua bunyi dekat-dekat, senarnya jauh beza.

Yang down ni bila orang tak tahu Pahang ada dialek sendiri. Di Pahang tu, setiap daerah pun beza-beza juga dialek. Contohnya perkataan aku. Ada daerah sebut koi, ada sebut kas, ada sebut kawan, ada sebut keh.

Ok ini isu lain tapi ada kaitan dengan lagu Kurik Kundi sebab lagu ni buat kita sedar bahawa kita ni kaya dengan tradisi. Lepas kita dengar lagu ni, kita sedarlah bahawa kita ni bervariasi. Kita ada sense of belonging yang tinggi. Sebab tu kita bangga dengan dialek kita.

Lagu ni turut membawa masuk elemen Sabah dan Sarawak. Benda Sabah dan Sarawak ni selalu karyawan overlook. Tapi Pak Ngah buktikan bahawa bahasa Sabah dan Sarawak juga cool. Bukan bahasa Melayu sahaja yang cool. 

Akhir sekali, sebab lagu ni sedap. Jadi, aku pilihlah lagu ni. Itu sahaja. Tiada argument.

*****

Waktu aku muda remaja, aku suka muzik rock. Sampai sekarang aku masih suka muzik rock. Namun bila aku makin dewasa (yelaaa makin tua), aku start cari balik identiti aku. Aku jadi nak hargai apa yang sebenarnya milik aku.

Pak Ngah dan Siti Nurhaliza dah bantu aku mencapai hasrat itu. Aku lebih kenal diri aku sekarang iaitu seorang anak Melayu Kelantan. 

*****

Karyawan seperti Pak Ngah sangat beruntung dengan kehadiran Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza juga beruntung dengan kehadiran Pak Ngah. Kedua-duanya seperti dicipta untuk masing-masing. Saling melengkapi.

Pak Ngah ada buat juga lagu untuk kita rakyat Malaysia. Hampir semua orang tahu lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.

Tak ramai karyawan sekarang yang berani buat apa yang Pak Ngah buat. Tapi aku dapat rasa gelombang tu ada. Ironinya, ia bukan datang dari golongan tradisionalis. Ia datang dari golongan hip-hop dan penyanyi balada. Mereka yang tengah usaha nak bawa naik semula irama tradisional.

Kmy Kmo, Luca Sickta, Malique, Altimet, Zizi Kirana, dan Wany Hasrita yang sekarang ni aku nampak. Tak sehebat Pak Ngah atau M Nasir tapi usaha tu ada. Kita kena sokong mereka ni. Irama mereka tidak “pure” sebab dah fusion dan hybrid dengan muzik moden, tapi itu lebih baik dari tak ada langsung.

Akhir kata, semoga kita dapat jadi macam Pak Ngah. Berusaha sedaya upaya nak pastikan warisan nenek moyang terus wujud dan kekal relevan. Berusaha sehabis baik untuk buat tradisi kita selesa untuk dinikmati semua orang. Jika Pak Ngah dibantu Siti Nurhaliza, doakanlah kita pun jumpa Siti Nurhaliza kita. Kita tak boleh capai semua benda dengan berusaha sendiri-sendiri.

Hayatilah sedutan lirik Kurik Kundi ini,

“Kalau tinggi untung jadi bintang, oiii
Kalau rendah masih jadi intan...”

Sumber FB Mohd Zailee

Ulasan

Catatan Popular