Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza

Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap orang ada cara dan peranan, ada bentuk saran, pengorbanan dan sumbangan, ada cara menyediakan, memberikan serta menyalurkan.

Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza satu medium yang menatang keinginan, menghulurkan keprihatinan dan menghidangkan kebersamaan, dengan hasrat dan tujuan, dari kita untuk kita, menebar ke serata, sampai tepat ke destinasi yang dibawa.

Yayasan Nurjiwa dengan penuh keikhlasan menghadirkan pentas karya untuk kita dapat membantu sesama. Semoga setiap usaha kita melimpahkan rahmat dan pahala sebesar-besarnya.

Setiap orang ada cara tersendiri, ada inisiatif dan peranan, Yayasan Nurjiwa menerusi persembahan Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza menghamparkan sejuta kasih sayang menerusi penyampaian karya, persembahan jiwa dan pengucapan bahasa sukma.

Terimalah Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024, Axiata Arena Bukit Jalil, 8.30 malam.

Terima kasih kepada CUCKOO yang membawa khas persembahan konsert ini dan juga beberapa pihak lain yang akan diumumkan pada satu sesi sidang media khas pada bulan Januari 2024.

@cuckoo_official 
@nurjiwa_foundation 
#sebuahepitomesayasitinurhaliza

Ulasan

Catatan Popular