SALAM MAULIDUR RASUL

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ”π‡ 16 SEPTEMBER 2024 BERSAMAAN 12 RABIULAWAL 1446H “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, S.A.W) ; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab Ayat : 56) Pada hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan menerapkan kecintaan kita kepada baginda dengan menggandakan selawat, menghidupkan sunnah dan berusaha mengikuti akhlak Rasullah SAW. “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” ✨ Maulidur Rasul merupakan hari yang sentiasi diraikan setiap tahu bagi mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal. Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW dan sempena hari bersejarah ini, kerajaan telah memberikan cuti umum kepada semua negeri. Terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mengingati Baginda antaranya mengamalkan sunnah Bagind berselawat kepada Baginda. “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Ulasan

Catatan Popular