Selasa, 14 Julai 2015

Jemput-Jemput Kelapa Cecah Sambal Tumis


Salam u ols....
hari nie mcm mengidam jemput-jemput kelapa tau!
so apalagi~ balik je keja trus pegi kedai cari kelapa parut!

ya ampun 3 kedai xde kelapa parut!
kedai terakhir naseb baik ada!
gegeh ke tidak????

ada sesapa nak resepi??
mudah je ni...

JEMPUT-JEMPUT KELAPA

Bahan-Bahannya :

  • ·         1 1/2 cawan parutan kelapa putih
  • ·         1 cawan tepung gandum
  • ·         Garam secukup rasa
  • ·         3/4 cawan air (atau secukupnya)


Cara-caranya : 

  • ·         Bancuh semua bahan diatas kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Rehatkan sebentar.

  • ·         Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemput adunan tadi dengan hujung jari anda yang dicelup sedikit dalam air, kemudian berhati2 jatuh kan adunan ke dalam minyak panas, buat 8 - 10 jemput2, ikut saiz kuali anda.

  • ·         Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas paper towel. Habiskan baki adunan. Boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahannya :

  • Segenggam Ikan Bilis yg telah di kopek
  • 150g cili boh (Jenama MAZ)
  • 3 biji saiz sederhana bawang merah (di tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (di hiris)
  • 3 biji bawang putih (di tumbuk)
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya : 

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  • Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga pekat. Masukkan ikan tadi dan gaul rata. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur kelapa.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan