Isnin, 15 November 2010

::PITAM & PENING::


post Adyva kali nie nak cite pasal PITAM
bukan apa u ols.....
rentetan dr ENTRY di atas..masa majlis resepsi Zack & Noly
PENGANTIN PITAM...
ZACK pitam atau hampir nk pitam....
ye la......puncanya si ZACK jadi mcm tue
1. tAK cUKUP tIDUR
2. Terlalu Penat
3. Kuat Berfikir
4. Risau keadaan sekeliling
5. Perubahan cuaca - ye la...dr pagi panas terik smpai ke 12 tghari
then petang masa nak sanding HUJAN LEBAT giler smpai ke petang!!!~...
lencun jugak la tetamu yg dtg.....

so...MAK ANDAM pon menyarankan supaya Zack di beri hidu MINYAK KAPAK or LIMAU!!~
untuk meredakan kePITAMannya..hehehe
so samping, tengkolok, bengkong dan semua yg dipakai masa sanding td di buka
supaya sistem aliran udara dapat mengalir ke badan...
baru la zack okey sikit u ols...hehehhee
so mak andam pon suroh la BALIK
mandi air panas, makan ubat dan minum air panas...
rehat dan cukupkan tidur....


Apakah yang dimaksudkan dengan pening?
Pening ialah satu keadaan di mana seseorang itu merasa seperti hendak pitam atau tidak dapat mengawal keseimbangan badan apabila berdiri atau duduk. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak dan saraf tunjang menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan untuk menerangkan pening ialah perasaan gayat, ringan kepala dan hilang keseimbangan, dan terhuyung-hayang. Walau bagaimanapun, gayat sebenarnya lebih merupakan perasaan seperti alam sekeliling berputar-putar/berpusing-pusing.
Pening jarang menjadi penyebab kepada penyakit yang serius. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gangguan serius yang boleh menyebabkan pening, biasanya keadaan ini akan dialami bersama-sama dengan gejala-gejala lain. Gangguan-gangguan yang serius ini termasuklah masalah jantung seperti penyakit injap atau serangan jantung, strok dan tekanan darah rendah yang serius atau mengalami kejutan.
Mekanisma keseimbangan telinga dalam yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan pening. Memandangkan mekanisma keseimbangan juga membantu mengawal pergerakan mata, pening jenis ini biasanya dikaitkan dengan rasa gayat. Selalunya dalam keadaan begini, alam sekeliling kelihatan seperti berputar-putar. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus pada telinga dalam.
Ringan kepala pula ialah satu keadaan di mana kita terasa seperti hendak pitam dan selalunya berlaku semasa demam selsema atau flu. Ia biasanya tidak serius jika tidak diiringi dengan gejala-gejala lain.
Pengsan/pitam secara tiba-tiba (pengsan/pitam vasovagal) lebih mudah berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan berdiri. Pengsan yang biasa selalunya didahului dengan rasa lemah, terhuyung-hayang dan loya.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pening secara lazimnya?
Faktor-faktor yang biasanya menyebabkan pening ialah:
• Sakit yang teruk
• Hiperventilasi
• Sakit kepala
• Kecederaan
• Ketakutan
• Tekanan darah rendah
• Pengambilan darah
• Batuk teruk
• Meneran semasa membuang air besar atau kecil
• Berdiri terlampau cepat selepas berbaring atau duduk terutamanya bagi warga tua
• Jangkitan virus pada telinga dalam
• Mabuk
• Tekanan pada sinus karotid di leher (mungkin disebabkan oleh kolar baju yang terlalu ketat)
• Ubat-ubatan - terutamanya ubat penenang, ubat-ubat yang digunakan untuk sakit jantung, antikonvulsan, aspirin, Phenytoin, Gentamicin, Streptomycin, narkotik, sedatif dan kebanyakan ubat antihipertensi (anti darah tinggi).
• Jantung yang berdegup terlalu perlahan ( di bawah 30 kali/minit) atau terlalu cepat (sekitar 200 kali/minit)
• Migrain yang klasik atau migrain biasa
• Pergantungan kepada ubat-ubatan/dadah dan penyalahgunaannya.
• Alahan kepada ubat-ubatan
• Pembedahan telinga tengah atau trauma
• Penembusan membran timpanik
• Penyakit telinga (otitis media, labirintitis, mastoiditis, choleastoma, neuronitis vestibul)
• Gangguan penglihatan
Penjagaan sendiri
• Duduk beberapa minit dan tarik nafas panjang-panjang. Berdiri sekali lagi perlahan-lahan.
• Duduk atau berdiri perlahan-lahan untuk mengelakkan perubahan pengaliran darah ke kepala yang boleh menyebabkan pening.
• Elakkan kedudukan kepala atau perubahan kedudukan kepala yang boleh menyebabkan rasa gayat.
• Elakkan baring menelentang jika anda terasa gayat. Jika anda meninggikan sedikit belakang badan dan kepala anda dengan bersandar pada sesuatu, ia mungkin dapat membantu melegakan rasa berputar-putar yang dialami.
Adakah saya perlu mendapatkan pertolongan daripada pegawai perubatan apabila terasa pening?
Hubungi doktor jika:
• Rasa pening disertai dengan sakit dada, sakit kepala, kekeliruan, kehilangan pendengaran, perubahan penglihatan, rasa lemah pada tangan atau kaki atau kebas di mana-mana bahagian anggota badan.
• Merasa seperti hendak pitam atau anda langsung tidak sedarkan diri.
• Anda mengalami gayat yang teruk ( biasanya menyebabkan muntah-muntah) atau disamping rasa gayat anda juga mengalami kehilangan pendengaran atau sakit telinga yang ketara.
• Anda merasakan pening yang dialami merupakan kesan sampingan ubat yang diambil.
• Pening yang dialami berlarutan lebih daripada tiga hingga lima hari dan mengganggu aktiviti harian anda.
• Anda mengalami gayat yang teruk atau berpanjangan lebih daripada tiga hari, belum pernah diperiksa oleh doktor atau keadaan kali ini berbeza daripada sebelumnya.
• Anda mengalami ringan kepala yang berulang-ulang beberapa hari.
• Jika denyutan nadi anda kurang daripada 50 atau lebih daripada 130 kali seminit semasa anda merasa ringan kepala.



PUNCA

Berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah, tekanan darah rendah.

Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.



LANGKAH PENCEGAHAN

Pakailah baju yang tidak menyimpan hawa panas.

Bawalah kipas tangan.

Pindahkanlah berat tubuh dari satu kaki kepada kaki yang satu lagi, sekiranya terpaksa berdiri lama.

Elakkan daripada berbaring di atas belakang kerana berat rahim menekan salur-salur darah yang utama dan melambatkan pengambilan darah ke jantung. Sebaliknya, letakkanlah bantal di atas belakang anda. Bangun perlahan-lahan, kerana tekanan darah anda menjadi rendah apabila anda berkeadaan santai atau relax.



PENAWAR

Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat.

Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan