TIP'S nak elak PITAM bagi Pengantin!!!!


TIPS

so untuk mengelakan KEJADIAN yg sama berulang untuk bakal2 pengantin..
pekata kita CUBA CARA di bawah ini~>..
Majlis Kahwin - Tips And Trick
Apakata yang mana dah kawin atau besa urus majlis kawin, mungkin kita boleh listdown kan apa apa tips dan trick yg boleh digunakan oleh bakal-bakal pengantin

Perkahwinan - Tips And Trick

1. pengantin lelaki akan merasa sakit kepala atau pening sbb tengkolok mencengkam kepala. Benda ni adalah normal sbb walau selonggar mana pun tengkolok tu, dia tetap akan cengkam jugak. jadi, bila ada masa gab, selepas sejam ka, buka sekejab tengkolok tu, sekali sekala dalam 5 minit.

2. pengantin sila ke tandas awal2. sbb bila majlis berlangsung, terutama dlm dewan, mmg dah tak boleh keluar dah. hahaha. kalau masa akad nikah tu,
pengantin laki mmg tobat lah, nak terkucil terkusar semua ada.

3. Kat johor, dia punya akad nikah mmg berlangsung lama, paling lama sesi temuduga. Kepada yang tak berapa byk ilmu di dada. tepon dulu tok kadi atau pi jumpa dulu sebelum majlis. gunakan budi bicara. merendah diri. dari masa akad, malu tak abis.

4. untuk majlis di dalam cuti sekolah, sebolehnya buat tempahan seawal 3 bulan kalau nak dpt baju, pelamin yang anda suka.

5. Survey dari kawan2, makeup yang dibuat oleh mak andam. sbb bila dah siap makeup, dah tak boleh nak buat balik dah kalau tak cantik sbb majlis bersanding dah nak berlangsung

6. Selalunya kita akan buat paperbag khas yg terhad untuk kasi member2 atau adik beradik. pastikan ada org incharge dan jgn terlalu nak menyimpan, sbb last last, berbukit tak abis lagi.

7. pembahagian tugas, kena buat meeting awal2 dengan ahli keluarga nak supaya
make sure semua according to plan on that day, especially kalau buat kat hotel/dewan
details plan penting woo siap dengan kena assigned responsible person sekali

8. pengantin lelaki tolong la datang awal dari tok kadi, please be punctual on your wedding day
so takde la tok kadi soal benda2 pelik dan melambatkan proses nak menikah
kang lagi tak terjawab

9. untuk pengantin pompuan, sila standby kawan ke assistant mak andam ke masa majlis
sebab kadang2 bila dah tengahari sangat tu make up akan crack so kena touch up sikit
takde la dalam gambar nampak tak lawa nanti

10. Acara menepung tawar - pastikan semuanya dlm bekas tu ada isi...
ada tepung , beras , air mawar bagai...jgn kosong je...
nanti semuanya kene berlakon...bt mcm ada konon..tp xde apa dlm bekas tu..

11. pengantin pompuan, sile pastikan pakaian dalam tu sesuai yea. kalo baju tu ala-ala jarang pilih la pakaian dalam yg skin color ke jgn la yg jelas sgt kaler nye. kalo baju pengantin tu berkain jarang, pastikan pakai kain dalam ke hape, jgn la hingga nampak kan ape yg sepatotnye tak nmpk. standy by awal yea, da pakai baru terhegeh2 nak mencarik

12. kalo ade adegan tepung tawar, pastikan juru acara da sediakan name penepung tawar dr awal. siapa dan siapa, bgtau sesiap. jgn nak mule baru terhegeh2 nak panggey. buatnye org tu tgh mkn ke dalam toilet ke. ade plak yg main tolak2.. tanak la malu la.. kesian pengantin menunggu atas pelamin org yg menepung tawar tu pong perlu diberitahu awal supaye leh stand by tader la buang mse.

13.bagi pengantin pompuan yg x biasa pakai lipstick tu...
sentiasa check gigi anda...kot2 ada lipstick lekat kt situ...
suruh org lain tlg ingatkan selalu...penting ni...hehhehe

14. time bersanding bagi sesiapa yg wat pemalin dalam rumah..kalo boleh mintak ahli keluarga bagi tau yg pengantin tgh bersanding. coz ader sekali penah pegi kenduri kahwin, pengantin tgh bersanding kat dlm tp org lain sibuk mkn kat luar..last2 pengantin duk je kat pelamin ader la dlm 10 org yg tgk..huhuhu kesian wooo

15. jgn masuk bilik pengantin time pengantin tgh di snap2 gamba...malu pengantin weh.kalo smpi overload dlm bilik...kemungkinan akan membuatkan pengantin panas. silap2 pitam.kalo skali dgn photographer pon pitam lg haru.

16. Tukang pengang cincin tue cari orang yang tak sibuk dan darah gemuruh. Kang masa nak kasi cincin, melompat-lompat kang cincin tue. Lagi bagus simpan dalam poket sendiri jer.

Ulasan

Catatan Popular